KAJANG : Tiga wanita tampil membuat laporan polis selepas mereka dipercayai menjadi mangsa rogol di sebuah rumah di sekitar Taman Penaga.
mangsa yang dikatakan sedang nyenyak tidur itu mula menyedari bahawa mereka menjadi mangsa rogol apabila menyedari bahagian dada mereka dipenuhi cecair pekat berwarna putih.
Difahamkan, ketiga-tiga mangsa yang itu telah terjaga dari tidur kira-kira jam 8 pagi dan terkejut apabila mendapati diri mereka berada dalam keadaan bogel manakala dada dipenuhi cecair pekat keputihan dipercayai air mani.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang dua daripada mangsa yang berusia 20-an itu dikatakan tinggal bersendirian di rumah berkenaan dan juga dikatakan tidak bertemu sesiapa pada malam sebelum kejadian.
Mangsa sendiri juga turut terkejut kerana mereka tidak mengetahui punca di tinggalkan dalam keadaan bogel begitu kerana pada malam kejadian, mereka mendakwa mereka terus sahaja pulang ke rumah selepas tamat bekerja.
Tambahnya lagi, mangsa memberitahu ketika terjaga bahawa seluruh badannya terasa sakit dan keletihan selain mengalami sakit kepala.
Mangsa juga dipercayai terus ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan lanjut. Sumber: My Metro, Editor: Amira