Pada mulanya berkenalan hanya di laman sosial facebook, mesej - mesej biasa, tidak merancang pun untuk berkenalan lebih mendalam pasal diri dia, tetapi lama kelamaan hati ini ingin tahu serba sedikit pada si dia.
Dalam perbualan itu sama - sama bersetuju untuk berjumpa dan mangsa telah beri waktu dan nama tempat untuk berjumpa.
Pada permulaan pertemuan baik - baik sahaja,tiada masalah tetapi setelah kali ke dua pertemuan saya merasa curiga pada si dia.
Si dia telah isi sesuatu ke dalam air minuman saya. Sedar - sedar sahaja saya sudah berada di tepi kedai.
Mangsa telah mengalami kerugian sebanyak RM 500 termasuk sebuah motosikal, jam dan telefon bimbit (HP).
Remaja berkenaan telah di perdaya pada malam tersebut dan telah membawa padah ke atas dirinya sehinggakan mengalami kerugian akibat kehilangan motosikalnya.
Dengan sekelip mata sahaja semua hilang macam itu sahaja, laporan telah dibuat dan sekarang polis telah mencari wanita itu.