KLANG - Dalam rusuhan yang berlaku di Taman Sri Andalas, suspek utama yang cuba melanggar seorang pegawai polis telah ditahan, malam kelmarin.
Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, Suspek dipercayai dalam lingkungan 20-an itu ditahan di tepi jalan berdekatan Bukit Tinggi, di sini kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi.
"Hasil siasatan lanjut, kami berjaya mengesan kereta yang disembunyikan suspek di taman perumahan di Bukit Tinggi," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Beliau berkata, suspek yang bekerja sebagai penarik kereta yang mengalami kemalangan itu akan ditahan reman pagi esok.
Polis terpaksa melepaskan tembakan dalam kejadian kelmarin untuk mempertahankan diri, apabila diserang sekumpulan lelaki yang cuba merusuh, selepas seorang daripada kawan mereka melanggar sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan di kawasan taman perumahan terbabit.
"Selepas terdengar tembakan, kesemua suspek kemudiannya melarikan diri serta turut melanggar pengadu dan jirannya," katanya.
Empat lelaki dan seorang wanita ditahan pada hari semalam berhubung kejadian itu sebelum suspek utama ditahan tengah hari ini. Sumber: Berita Harian , Editor:Farhana