Update Gantung rancangan pengkorporatan Kastam, gesa Rafizi >> Berita Malay 18


Gantung rancangan pengkorporatan Kastam, gesa Rafizi
Ahli parlimen Pandan Rafizi Ramli menggesa rancangan pengkorporatan Jabatan Kastam digantung kerana dikhuatiri mendatangkan lebih banyak kesan negatif kepada rakyat dan kakitangan kastam antaranya penghapusan skim pencen kumpulan perkhidmatan awam itu.
Rafizi yang juga naib presiden PKR mengakui telah beberapa kali dihubungi kakitangan Jabatan Kastam Diraja mengenai rancangan kerajaan untuk mengkorporatkan jabatan tersebut.
“Minggu ini, saya telah dibekalkan lagi dengan satu bahan taklimat yang dihantar kepada saya oleh kakitangan Jabatan Kastam. Menurut beliau, bahan taklimat ini dibentangkan kepada wakil-wakil jabatan sebagai sebahagian dari proses mendapat persetujuan kakitangan untuk mengkorporatkan (melembagakan) Kastam,” ujar beliau.

Rafizi melahirkan kebimbangan terhadap model contoh yang ingin digunakan iaitu pengkorporatan LHDN dan kebajikan kakitangan Jabatan Kastam yang bakal hilang pencen bulanan jika jabatan itu dikorporatkan.
Walaupun bersetuju perkhidmatan kutipan cukai dan seliaan Jabatan Kastam perlu ditingkatkan, beliau khuatir tujuan pengkorporatan itu bukan untuk kebajikan kakitangan dan meningkatkan prestasi perkhidmatan.
“Melihatkan bagaimana LHDN berhadapan dengan tekanan untuk mencapai sasaran kutipan cukai pendapatan setiap tahun, saya khuatir pengkorporatan Jabatan Kastam juga akan menyebabkan setiap tahun, kakitangan Kastam memikul beban memenuhi kehendak kutipan cukai yang ditetapkan (pentadbiran) Datuk Seri Najib.
“Oleh kerana dana untuk membiayai Jabatan Kastam adalah tertakluk kepada prestasi kutipan cukai mereka (seperti mana yang berlaku dengan LHDN sekarang), itu boleh mendorong kepada pendekatan yang lebih menghukum rakyat demi untuk memenuhi sasaran kutipan cukai.
“Keadaan yang berlaku sekarang bila mana LHDN boleh menghantar notis cukai bagi orang yang sudah mati, sudah tentu akan bertambah buruk dengan Kastam kerana mereka mengawal selia urusan kutipan GST yang kurang difahami rakyat dan peniaga,” jelas Rafizi.
Beliau juga menjangkakan denda dan hukuman bersabit GST akan lebih teruk sekiranya Kastam tertekan untuk memenuhi sasaran kutipan cukai tertentu setelah dikorporatkan.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :