Ketakutan meluas terhadap DAP di kalangan pengundi Melayu Johor menyukarkan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang akan datang, menurut satu kajian.
Kaji selidik menerusi panggilan telefon di kalangan 1,100 responden Melayu di negeri itu antara Mei dan Jun 2017 mendapati 85 peratus orang Melayu Johor tidak berpihak kepada DAP, kata penganalisis Wan Saiful Wan Jan dalam satu kertas kerja yang diterbitkan oleh Iseas Institut Yusof Ishak Singapura.
“Kekuatan semasa DAP di negeri ini masih menimbulkan rasa takut di kalangan pengundi Melayu luar bandar di sana. Mereka melihat undi untuk BERSATU sebagai undi untuk DAP kerana kedua-duanya berada dalam gabungan yang sama,” tulis Wan Saiful dalam kertas itu.
Kekuatan DAP Johor merujuk kepada 13 kerusi di Dewan Undangan Negeri yang ditandinginya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13, yang tertinggi di kalangan parti pembangkang.
BERSATU yang merupakan parti serpihan Umno, hanya mempunyai satu kerusi negeri di Johor.
Dalam kaji selidik telefon yang sama yang dijalankan oleh Iseas Institut Yusof Ishak yang melibatkan responden bukan Melayu, keadaan itu kelihatan jelas tidak menyebelahi BERSATU.

Enam puluh peratus responden tidak memihak kepada BERSATU manakala hanya 2.7 peratus akan mengundi parti itu jika pilihan raya diadakan pada masa tinjauan.
Hanya 2.2 peratus berkata mereka akan mengundi Pakatan Harapan (HARAPAN).
Bagaimanapun, Wan Saiful memberi amaran bahawa kaji selidik telefon itu mungkin tidak memberikan gambaran sepenuhnya.
Dalam wawancara di lapangan yang dijalankannya, Wan Saiful berkata antara lain orang Melayu Johor menganggap “majoriti Cina DAP” akan menyebabkan risiko hak keistimewaan mereka terhakis.
Beliau berkata penduduk kampung yang ditemuramah untuk kertas kerja itu sering memberi analogi bahawa orang Melayu di Johor mungkin dipinggirkan seperti orang Melayu Singapura, yang mereka percaya diskriminasi oleh parti pemerintah PAP.
“Menariknya, walaupun banyak daripada mereka menyebut contoh Melayu Singapura, tiada seorang pun penduduk yang ditemubual telah melawat negara itu atau mengenali orang Melayu dari Singapura,” kata penganalisis itu.
Related Posts :
Update [Video Hutang 1MDB, Faedahnya aje RM1.7 bilion setahun! Apa yg rakyat M'sia dapat?] ADA LAGI YANG KATA...#AnaPuasHati dgn 1MDB! Kerajaan bayar RM1.688b faedah 1MDB tahun ini. >> Berita Malay 18Khamis, 18 Oktober 2018
Suara Rakyat
Jika kerajaan gagal bayar hutang 1MDB-Najib.. akan menjejaskan 'credit rating' di peringkat antara… Read More...
Update Pendedahan Mantan Ketua Hakim, campur tangan PM dalam Sistem Kehakiman >> Berita Malay 18
WOW
Amat mengejutkan bila membaca cerita dalam kain berkaitan lantikan Hakim yg di dedahkan oleh Mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Ham… Read More...
Update Zahid tolak cadangan ikat jamin >> Berita Malay 18
PUTRAJAYA: Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menolak cadangan peguamnya untuk membuat permohonan kebenaran diikat jamin supaya… Read More...
Update [Video Pemandu teksi bebas untuk protes - Menteri] M Kayveas di SPRM & The Star melaporkan Kayveas dipanggil SPRM untuk disoal siasat mengenai dana berkaitan dengan 1MDB. >> Berita Malay 18Khamis, 18 Oktober 2018
M Kayveas di SPRM
M Kayveas yang dipertikaikan jawatan Presiden MyPPP hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegaha… Read More...
Update [Video TV3-Zahid Hamidi Didakwa Esok?] Settle bil kad kredit Zahid sampai RM800,000..gilo ko apo? Perkhidmatan percuma Bas Go KL akan diambilalih DBKL, kata Anthony Loke. >> Berita Malay 18Khamis, 18 Oktober 2018
Suara Rakyat
Pendakwaan terhadap Zahid Hamidi bukan pembunuhan karekter, bukan menindas tanpa sebab & bukti..… Read More...