Update Ibu Beli Goreng Pisang, Kanak-Kanak Terkunci Dalam Kereta >> Berita Malay 18


IPOH: Seorang wanita dipercayai berdepan detik-detik cemas apabila bayi lelakinya yang berusia 21 bulan dikatakan terperangkap di dalam kereta yang dipandunya.

Dia dikatakan memberhentikan kenderaan tersebut untuk membeli pisang goreng berdekatan dengan laluan Taman Klebang Ria, Ipoh pada jam 3.26 petang semalam.

Menurut Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh, pihaknya dikatakan menerima panggilan berhubung kejadian terbabit pada jam 3.28 petang sebelum sepasukan anggota bersama jentera ke lokasi berkenaan

Katanya, setibanya pasukannya di lokasi berkenaan mereka mendapati seorang bayi lelaki terkunci di dalam sebuah kereta jenis Proton Wira.

Anggota bomba terus bertindak membuka pintu kenderaan terbabit dengan menggunakan peralatan khas dan mangsa berjaya dikeluarkan 3 minit kemudian dalam keadaan selamat.

Memetik laporan daripada pihak berkuasa, kejadian dikatakan berlaku ketika ibu mangsa pergi membeli pisang goreng dan meninggalkan bayinya sebentar bersendirian di dalam kenderaan.

"Bayi berkenaan yang berada dalam kenderaan itu dikatakan telah tertekan butang kunci utama yang mana mengakibatkan mangsa terperangkap," katanya.

Operasi untuk mengeluarkan mangsa tamat pada 4.45 petang. Sumber: Mymetro, Editor: Amira

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :