Update Akibat Tekanan Guru Wanita Nekad Gantung Diri >> Berita Malay 18


JOHOR BAHRU: Seorang wanita dipercayai bekerja sebagai seorang guru telah ditemui mati dalam keadaan tergantung di kediamannya di Taman Damansara Aliff, semalam.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, kejadian terbabit dikatakan berlaku sekitar jam 9.50 pagi.

Tambahnya lagi, pihaknya telah menerima maklumat terbabit daripada individu yang dipercayai anak saudara mangsa untuk memaklumkan cubaan mangsa menggantung diri.

Hasil daripada siasatan awal mendapati, mangsa yang berusia 57 tahun itu dikatakan menetap di rumah berkenaan bersama ibunya yang sudah uzur (lumpuh).

Selain itu, mangsa juga dikatakan sudah bercerai dan turut mempunyai seorang anak perempuan berusia 25 tahun yang kini bekerja di Singapura.

Mangsa dipercayai telah menghidap penyakit kanser payudara dan kebelakangan ini mangsa dikatakan mengalami masalah tekanan emosi yang melampau akibat enggan untuk berkongsi masalah yang dialaminya.

Mangsa juga turut meninggalkan nota bunuh diri di atas meja sebelum bertindak menggantung dirinya.

Surat itu dipercayai dituju khas buat anak perempuannya menyatakan dia ingin mati kerana sakit dan meminta anak perempuannya menjaga diri serta menghormati bapanya.

Pihak polis juga memberitahu bahawa semakan pada mayat mangsa menunjukkan mangsa tiada mengalami sebarang kecederaan yang lain dan tiada sebarang unsur jenayah yang berkaitan dengan dirinya.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk dibedah siasat dan buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut ( SDR). Sumber: Berita Harian, Editor: Amira

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :