Update Kanak-Kanak Meninggal Dunia Ketika Cuba Melintas Jalan >> Berita Malay 18


KEMAMAN: Murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Chukai dipercayai maut selepas basikal yang ditunggang nya telah dirempuh oleh dua buah motosikal.

Kejadian berlaku di kilometer satu, Jalan Chukai- Air Putih berhampiran dengan bangunan Majlis Perbandaran Kemaman (MPK),kelmarin pada pukul 8 malam.

Muhammad Adib Ashraf, 10,mangsa kejadian berasal dari Taman Seri Pauh telah menghembus kan nafas terakhir semasa dirawat di Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Kemaman.

Adib adalah anak sulung daripada tiga orang adik beradik. Dia dikatakan menunggang basikal untuk melintas pulang ke rumah selepas meminjam buku teks kawan sekelas di Kampung Gong Limau.

Superintendan Mohd Said Ibrahim,Ketua Polis Daerah Kemaman berkata kemalangan ini berlaku apabila dua buah motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggang oleh remaja lelaki yang berusia 16 tahun manakala sebuah lagi motosikal jenis Yamaha 125-Z yang ditunggang pemuda berumur 25 tahun yang dipercayai gagal mengelak mangsa,lalu melanggar mangsa yang sedang melintas jalan berkenan.

Mangsa dikatakan tercampak di atas jalan raya dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta badan. Mangsa telah dikejarkan ke Hospital Kemaman bagi mendapat kan rawatan selanjutnya.

Dua penunggang motosikal itu,hanya mengalami cedera ringan. Mereka dirawat sebagai pesakit luar di hospital yang sama.

Jenazah mangsa telah pun dituntut oleh keluarganya pada pukul 12.10 tengah malam kelmarin untuk di kebumikan.

Kes telah disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.Editor: Ila



Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :