Update Kerajaan Umno@Bn ‘bacul’ kerana membisu kelulusan Pakatan >> Berita Malay 18

Dr Mahathir berkata surat peringatan masih belum menerima balasan dari pendaftar pertubuhan.
mahathir-mohamad-pakatan-harapan-ph-benderaPUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa kerajaan bersifat bacul dengan melambat-lambatkan kelulusan permohonan Pakatan Harapan (PH) tanpa sebarang penjelasan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).
Dr Mahathir yang mempengerusikan gabungan itu berkata pihaknya tidak mahu menentang kerajaan, sebaliknya hanya mahu kerajaan menjawab.
“Ini cara kotor, tak berani lawan lepas itu salah guna kuasa kerajaan. Dengan cara yang cukup unik.
“Hantar surat peringatan pun tak jawab, jadi kita nak katakan ditolak tak boleh. Lulus pun tak boleh kerana tidak jawab. Tetapi buat ucapan di sana sini, tak berani nak jawab. Inilah kerajaan bacul,” katanya.
Dr Mahathir berkata segala syarat JPPM sudah dipenuhi termasuk menghantar surat peringatan, namun tiada maklum balas.
“Bila mereka kata ada masalah DAP dan Bersatu, beritahu apa masalah dan kita boleh betulkan,” katanya pada sidang media pelancaran siri dialog “Policy Talk” di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.
PH menggabungkan 4 parti dianggotai PKR, DAP, Amanah dan PPBM, dan merancang bertanding di bawah satu simbol pada pilihan raya umum akan datang.
Julai tahun lalu, ia mengemukakan permohonan pendaftarannya kepada JPPM secara atas talian, bersama barisan kepimpinan, logo dan perlembagaan,
Pada 20 November, rombongan Dr Mahathir bertemu dengan pegawai Kementerian Dalam negeri bagi mendapatkan penjelasan status pendaftaran PH, dan diberitahu ia belum diluluskan disebabkan masalah dihadapi DAP dan PPBM.
Sementara itu, mengulas komen Ketua PPBM Temerloh, Amerus Che Onn mendesak JPPM menyiasat mesyuarat agung tahunan (AGM) Sabtu lalu kerana didakwa melanggar perlembagaan parti, Dr Mahathir berkata ia perlu dimaklumkan oleh JPPM.
“JPPM tidak kata apa-apa, tapi orang ini lebih pandai dari JPPM,” kata Dr Mahathir.

Subscribe to receive free email updates: