Update Mati Dibunuh Kekasih Sejenis >> Berita Malay 18


JOHOR BAHRU - Seorang lelaki disyaki membunuh pasangan sejenisnya selepas mayatnya ditemui di sebuah bilik hotel bajet di Taman Mount Austin, Johor

Dalam kejadian jam 7.18 itu, mayat lelaki berusia 30 tahun itu ditemui dalam bilik hotel berkenaan.

Manakala dua lelaki ditahan selepas bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat mengesahkan punca kematiannya adalah disebabkan jerutan pada leher, kata Ketua Polis Daerah johor Bahru Selatan Asisten Komsioner Shahurinain Jais.

"Pihak polis menerima panggilan kecemasan yang memaklumkan mengenai penemuan mayat di bilik hotel berkenaan pada pagi semalam," katanya.

Jelasnya, "dari hasil siasatan mendapati tempat kejadian adalah di tingkat satu hotel yang mana bilik itu disewa seorang lelaki berusia 49 tahun namun lelaki tersebut juga telah menyewa sebuah bilik lain."

"Manakala semakan awal di tempat kejadian mendapati bahawa tiada unsur jenayah yang berlaku dan beranggapan kes adalah kematian mengejut (SDR). Namun selepas dilakukan bedah siasat, pihak hospital menemui unsur jenayah," kata Shahurinain.

Bertindak dari hasil maklumat berkenaan, pihaknya menahan dua lelaki masing-masing berusia 49 dan 36 tahun di perkarangan Balai Polis Taman Setia Indah untuk siasatan lanjut, kata beliau.

Selain itu, siasatan awal terhadap suspek pertama iaitu lelaki berusia 49 tahun mendapati bahawa lelaki tersebut mendaftar masuk di hotel berkenaan pada jam 4.50 petang dan menginap di sebuah bilik, Jumaat lalu.

"Tidak lama kemudian selepas setengah jam menginap, mangsa telah datang ke bilik suspek dan melakukan hubungan seks dan mereka dipercayai pasangan gay.

"Hasil semakan di tempat kejadian mendapati hotel berkenaan mempunyai rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan penelitian mendapati bahawa ada kelibat dua suspek mengangkat mangsa keluar dari sebuah bilik dan dibawa ke bilik yang lain.

Katanya, "kejadian bunuh itu dipercayai berlaku antara Jumaat jam 4 pagi semalam."

Mangsa yang beralamat di Taman Sri Kluang, Kluang, maut di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat, jelasnya lagi.

"Difahamkan, kedua-dua suspek bekerja sebagai jurujual dan seorang daripada mereka yang berusia 36 tahun itu mempunyai dua rekod jenayah lampau di bawah Akta Imigresen 1959/63.

"Dalam pada itu, siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya. Sumber: Harian Metro. Editor: Atila Atasha

Subscribe to receive free email updates: