Update Muhyiddin sanggup jadi 'kuli' demi rakyat, negara >> Berita Malay 18

Muhyiddin sanggup jadi 'kuli' demi rakyat, negara
Muhyiddin bersama pemimpin Pakatan Harapan pada Ceramah Perdana di Tapak Ekspo Kampung Permatang Bonglai Besar
(Ubah saiz teks)
AYER ITAM - Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sanggup menjadi  'tukang kuli' dalam parti demi kepentingan rakyat dan menyelamatkan negara daripada kepimpinan Umno dan BN.

Menurutnya, beliau tidak bimbang sekiranya tidak diberikan apa-apa jawatan sekalipun dalam parti ataupun selepas menang dalam PRU14 akan datang.
"'No worries about me', jangan bimbang tentang diri saya, soal yang penting  rakyat mest dibela. Saya tidak diberi apa-apa jawatan pun, takpa...yang penting rakyat perlu sokong Pakatan Harapan menjadi kerajaan.

"Saya jadi tukang kuli dalam parti pun, takpa....yang penting rakyat jangan dibiarkan menderita. Matlamat Bersatu adalah untuk menyelamatkan rakyat dan negara malah soal kepnetingan sendiri atau jawatan jangan difikir,"katanya, dalam ucapannya, pada ceramah perdana isu-isu semasa, di tapak ekpso, Kampung Permatang Bonglai Besar, di sini, malam semalam.

Hadir sama, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, Pengerusi PKR Kedah, Dr Azman Ismail dan Pengarah Komunikasi dan Media Amanah Kedah.

Ceramah perdana menyentuh isu-isu semasa itu dianjurkan oleh PH, parlimen Jerlun. Dalam ucapannya, pemimpin yang berucap turut menyentuh isu-isu membebankan rakyat akibat harga barangan keperluan yang melambung sekaligus kos sara hidup yang meningkat di bawah pemerintahan Umno dan BN termasuk isu 1MDB membabitkan dana RM2.6 bilion.

Beliau berkata tidak sepatutnya  seorang mantan perdana menteri yang dikenali sebagai antara tokoh negarawan terkemuka di Malaysia dikutuk oleh segelintir individu tidak menghargai jasa dan juga kepintaran pemimpin negara membangunkan Malaysia satu tempoh yang lama.

"Jangan kata buruk kepada tokoh negarawan (Tun M), mungkin juga ulang sejarah seperti  Almarhum Sultan sebagai Yang di-Pertuan Agong dua kali sebagai Yang di-Pertuan Agong, hanya sejarah ini berlaku di Kedah sahaja.
"Seperti itu, perdana menteri yang dulu (Tun M), boleh balik semula menjadi perdana menteri sekarang... sebenarnya inilah yang menjadi ketakutan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak. Tapi rakyat tak takut,  rakyat akan mula beralih sokong kepada Pakatan Harapan," katanya.

Muhyiddin berkata, jawatan perdana menteri dalam Pakatan Harapan diputuskan hanya boleh dipegang seorang tidak lebih dua penggal, perdana menteri di Pakatan Harapan tidak seperti di BN.

"Pakatan Harapan adalah sebuah parti  yang boleh duduk semeja dan berbincang atas dasar kerjasama.  Perdana menteri, dari parti perlulah hadir mesyuarat kabinet dalam majlis pakatan harapan dan akan berbincang apa dasar-dasar yang dibawa dalam Pakatan Harapan.

"Kalau Tun M menjadi Perdana Menteri selepas PRU14 nanti,  tidak sama seperti sebelum ini kerana beliau akan  terikat pada janji dan manifesto Pakatan Harapan yang menekankan  reformasi dan perubahan dalam  menyelesaikan kos sara hidup dan mengurangkan bebanan rakyat, memastikan GST dihapuskan.

Justeru katanya, Tun M dulu dan Tun M bakal menjadi perdana menteri nanti adalah tidak sama.
"Ini adalah janji-janji kita, perdana menteri mesti melaksanakan janji-janji yang ditetapkan dalam parti iaitu Pakatan Harapan dan tidak boleh menyimpang lari dari situ.

"Tun M adalah seorang betul-betul memahami masalah negara dan beliau tahu cara penyelesaian sesuai  menyelamatkan rakyat dan negara selepas kepimimpinan Najib," katanya.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :