Update Pejabat PM jelaskan kenapa keluarga sertai lawatan kerja Arab Saudi >> Berita Malay 18

 | January 10, 2018
Penjelasan itu menyusuli perkongsian gambar senarai nama termasuk ahli keluarga perdana menteri di media sosial.
najib_pmo_putrajaya_600
PETALING JAYA: Putrajaya hari ini mengesahkan nama ahli keluarga Datuk Seri Najib Razak termasuk dalam senarai rasmi lawatan kerja perdana menteri itu ke Arab Saudi, selepas ia tersebar di media sosial termasuk WhatsApp.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataan berkata Najib mengajak keluarga dan kenalan rapat menemaninya mengerjakan ibadah umrah sebagai sebahagian daripada lawatan kerja ke negara itu.

“Adik-adik perdana menteri termasuk kenalan beliau yang turut sama dalam lawatan ini telah membuat perbelanjaan sendiri ke Tanah Suci.
“Hanya Tun Rahah yang turut bersama Datuk Sri Mohd Najib dalam perjalanan kapal terbang ke Arab Saudi,” menurut PMO merujuk ibu perdana menteri, Rahah Mohammad Noah, balu kepada bekas perdana menteri Tun Razak Hussein.

Imej yang tersebar di media sosial itu menunjukkan 20 senarai nama termasuk Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Tiga anak pasangan itu, Nooryana Najwa, Nor Ashman dan Riza Aziz, serta menantu dan cucunya juga tersenarai dalam tersebut.

Senarai itu juga menunjukkan doktor peribadi Najib, Dr Azhari Rosman dan beberapa nama yang dikenal pasti sebagai “tetamu perdana menteri” turut tersenarai. FMT bagaimanapun tidak dapat menentukan kesahihan senarai tersebut.

Najib mengadakan lawatan kerja ke Arab Saudi sehingga 12 Januari ini atas jemputan Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud.
Kenyataan PMO Ahad lalu berkata kedua-dua pemimpin itu akan berbincang mengenai isu merangkumi kerjasama ekonomi, pelaburan, hal ehwal Haji dan penubuhan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) di Putrajaya.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :