Update Pas dakwa Amanah dibiayai Umno >> Berita Malay 18


KOTA BHARU - Amanah Kelantan didakwa mengadakan rundingan dengan Umno Kelantan bagi menjatuhkan kerajaan negeri dalam PRU14 nanti.
Pendedahan itu dibuat oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dalam ceramahnya  semasa Perasmian Bilik Operasi Pas Cawangan Panchor, semalam.
Naib Presiden Pas itu berkata, beliau mendapat maklumat dan bukti bahawa pimpinan Amanah mengadakan pertemuan dengan Umno negeri itu tujuan tersebut.
"Saya mendapat maklumat pertemuan itu diadakan sebulan dua ini bagi nak jatuhkan Pas Kelantan, Umno setuju nak bagi duit kepada Amanah untuk buat kerja pilihan raya," katanya.
Isu dakwaan kerjasama Amanah dan Umno pernah muncul tahun lalu dan dinafikan pimpinan kedua-dua parti tersebut.
Sementara itu, Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, apa yang dinyatakan itu hanya satu dakyah yang cuba mengugat perpaduan antara parti dalam BN dan sesama ahli Umno.
Dalam masa yang sama ketika itu, Pengerusi Amanah Negeri, Datuk Wan Rahim  Wan Abdullah turut membuat laporan polis terhadap laporan sebuah portal berita yang melaporkan mengenai kerjasama tersebut.
Dalam pada itu, Mohd Amar yang juga Adun Panchor berkata, beliau tidak mahu mendedahkan siapa individu yang membuat perjumpaan tersebut walaupun mendapat maklumat sahih.
Malah, beliau memberi jaminan akan bertanggungjawab dengan pendedahan yang dibuat itu.
"Sampai peringkat itu jahatnya puak-puak Amanah, saya akan bertanggungjawab dengan kenyataan ini," katanya.
Terdahulu Mohd Amar menjelaskan tuduhan kerjasama Pas dan Umno ada satu dakwaan yang mengarut.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: