Update PKR tuntut PAC siasat pembelian MARA di Melbourne >> Berita Malay 18

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mesti menyiasat dakwaan pembelian pangsapuri di Melbourne, Australia dengan harga yang tinggi, kata Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Katanya, amat menyedihkan “pembaziran” yang didakwa sebanyak RM60 juta itu berlaku ketika biasiswa dan belanjawan MARA dipotong.
“Saya gesa PAC menyiasat pembelian hartanah ini oleh Mara Incorporated segera dan bentangkannya semasa sidang parlimen keenam, yang akan bermula pada 5 Mac depan.

“Saya juga gesa Presiden MARA Awang Adek Hussin menyiasat penjualan hartanah itu,” kata Wan Azizah dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Akhbar Australia The Sydney Morning Herald sebelum ini melaporkan Mara Inc membayar RM138 juta – hampir sekali ganda harga – untuk blok pangsapuri di Melbourne pada 2012.

Subscribe to receive free email updates: