Update Punca Kematian Wanita Selepas 19 Hari Bersalin Di Dedahkan Doktor >> Berita Malay 18


BATU PAHAT- Punca kematian wanita yang meninggal selepas 19 hari telah didedahkan oleh doktor. Doktor mengatakan wanita tersebut mengalami darah beku di bahagian saluran darah ke paru-paru.

Wanita tersebut dilaporkan telah meninggal dunia kira-kira 2 pagi semalam setelah mengalami sesak nafas.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, arwah Roslina Arifin,39 disahkan mengalami simpton 'Massive Pulmonary Embolism.

Arwah telah dimasukkan ke hospital Pantai pada 12 Disember dan melahirkan anak perempuan secara pembedahan dan pulang ke rumah dengan selamat.

Mangsa mengadu sesak nafas lalu suaminya Azrow Othman menghantar ke hospital Pantai untuk mendapatkan rawatan di Unit kecemasan. Namun tidak dapat di selamatkan apabila doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia kira-kira selepas satu jam.

Ketika dihubungi hari ini, suaminya berkata daftar kematian atau permit mengubur dan perakuan sebab kematian dikeluarkan oleh pihak Hospital Pantai yang ditandatangani oleh Dr. Ema Juliaty Jamaluddin.

"Segala prosedur pengebumian dibuat oleh keluarga arwah dengan pengesahan permit kubur terbabit dan keluarga membuat laporan polis sebaik urusan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Bukit Cermai Batu Pahat 12.30 tengah hari semalam selesai."

Laporan sebelum ini ada menyatakan kegembiraan suami yang baru sahaja menerima zuriat perempuan bertukar pilu apabila isterinya meninggal dunia, akibat sesak nafas, kira-kira 2 pagi semalam.

Azrow berkata dia tidak menyangka isterinya, Roslina akan pergi meninggalkan dia dan anak-anak selepas melahirkan anak bongsu mereka yang bernama Nur Aishy Amanda pada 12 Disember lalu.

Ketika mengandung isterinya tiada apa-apa masalah atau serbarang penyakit.

Sahabat allahyarham, Amnah Mohamed, 52, yang dikenali sejak suami masing-masing bekerja di Tenaga Nasional Berhad (TNB) Batu Pahat lebih 10 tahun lalu terkilan kerana tidak dapat menziarahi arwah selepas bercadang menyelesaikan dahulu urusan persekolahan yang bermula semalam.

Katanya mereka berhubung melalui WhatsApp dan memang sudah berjanji dengan arwah ingin menziarahinya namun dia menasihati supaya saya mendahulukan dahulu urusan persekolahan anak-anak.

Allahyarham turut meninggalkan empat lagi anak lelaki berusia antara 5-16 tahun. Sumber:Harian Metro, Editor:Farhana


Subscribe to receive free email updates: