Update Satu Mati Enam Cedera Gara-Gara Rebut Jawatan >> Berita Malay 18



WASHINGTON - Seorang bekas tentera Amerika Syarikat yang pernah berperang di Iraq menembak mati seorang timbalan sheriff dan mencederakan empat anggota polis.

Lelaki itu, melepaskan kira-kira 100 tembakan ketika melakukan ‘di sebuah rumah di Denver.

Menurut Daily Mail, lelaki itu, Matthew Riehl, 37, menyiarkan video di YouTube awal bulan lalu, menyatakan mahu merebut jawatan Sheriff tempatan.

Laporan menyatakan , lelaki itu menembak mati timbalan Sheriff Zackari Parrish, 29, dan mencederakan empat anggota polis serta dua orang awam.

Sheriff Tony Spurlock berkata, belum dapat dipastikan punca serangan dan beliau tidak menyatakan jenis senjata api yang digunakan penyerang.

“Semua anggota polis pergi ke rumah itu untuk menyiasat pertengkaran yang berlaku kira-kira 3 pagi waktu tempatan.”Kata Sheriff Tony Spurlock

Dua lelaki berada dalam rumah berkenaan dan seorang daripada mereka memberitahu lelaki itu berkelakuan pelik dan mungkin menghadapi masalah mental lalu meninggalkan apartmen itu selepas memastikan tiada jenayah dilakukan.

Berikutan aduan kedua, mereka kembali semula ke rumah tersebuat pada 5.15 pagi.

Riehl melepaskan tembakan membunuh Parrish dan mencederakan tiga lagi sebaik sahaja mereka memasuki apartment.

Kira-kira 7 pagi, pasukan SWAT melakukan serangan dan berlaku berbalas tembak menyebabkan Riehl terbunuh dan seorang lagi polis cedera.

Riehl ditembak mati oleh polis. Sumber: Harian Metro, Editor:Farhana



Subscribe to receive free email updates: