Update Saya Tidak Menyangka Isteri Akan Meninggalkan Kami Semua. >> Berita Malay 18


BATU PAHAT - Setelah sekian lama menunggu, pasangan suami isteri dikurniakan satu-satunya anak perempuan.

Namun kegembiraan yang dirasai tidak lama apabila si isteri menghembuskan nafas terakhir, awal pagi tadi.

Roslina Ariffin, 39, meninggal dunia akibat sesak nafas kira-kira jam 2 pagi tadi, selepas melahirkan anak kelimanya, Nur Aishy Amanda, 19 hari lalu.

Pasangan berkenaan memiliki empat orang anak lelaki yang berusia 5 hingga 16 tahun.

Suami Allahyarham, Azrow Othman, 43, berkata dia tidak menyangka isterinya meninggalkan mereka kerana tiada sebarang penyakit dan masalah ketika mengandung.

Isterinya tiba-tiba mengadu sesak nafas sebelum pengsan kira-kira jam 11.45 malam tadi.

Azrow Othman membawa isteri ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk mendapatkan rawatan, namun doktor mengesahkan isterinya meninggal dunia jam 2 pagi.

Katanya dia tidak menyangka isteri akan meninggalkan mereka selepas 19 hari melahirkan anak bongsu dan satu-satunya anak perempuan yang sudah lama dinantikan.

“Saya sendiri buntu dan tidak tahu apa yang hendak dilakukan tanpa isteri di sisi,” katanya kepada BH ketika ditemui di rumahnya.

ketika menceritakan kisah isterinya kepada wartawan BH, Azrow kelihatan terlalu sedih dan menangis.

Anak sulung arwah yang bernama Muhammad Aniq Azriel, 16 tidak menyangka yang ibunya akan meninggalkan mereka berkata arwah ibunya merancang menghantarnya pulang ke asrama Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) pontian hari ini.

“Namun tidak sangka ibu akan pergi meninggalkan kami adik-beradik termasuk Baby (Nur Aishy) dan tidak sempat menghantar saya ke MRSM seperti selalu, ” katanya.

Sumber:Wartawan TTimes, Editor:Farhana

Subscribe to receive free email updates: