Update Suspek Kes Bunuh Anak Kekasih Ditangkap >> Berita Malay 18


MIRI: Suspek yang menjadi dalang utama kes pembunuhan membabitkan seorang remaja perempuan di Permyjaya semalam akhirnya telah berjaya ditangkap.

Suspek yang dikenali dengan nama Yap Kak Ming dipercayai berusia 33 tahun merupakan salah seorang pekerja bagi sebuah kilang perabut di sekitar Miri iaitu Siang Siang Hai.

Hasil daripada siasatan yang dijalankan, suspek dikatakan telah mencekik mangsa sehingga mati terlebih dahulu sebelum bertindak meletakkan mangsa di bahagian belakang kenderaan.

Sejurus selepas membunuh mangsa, suspek bertindak meninggalkan tempat kejadian untuk menuju ke lokasi yang tidak diketahui.

Namun, akibat daripada tindakan suspek yang mencurigakan, dia akhirnya berjaya dikesan oleh pasukan polis peronda yang pada kebetulan itu sedang melakukan rondaan di sekitar kawasan Jalan Perlis, Kuala Baram semalam.

Suspek dipercayai melarikan diri namun akhirnya pihak polis dapat menangkap suspek pada petang semalam.

Suspek dibawa ke balai polis yang berdekatan dan tindakan lanjut akan segera diambil. Editor: Amira



Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :