Update Bangkit Semula Demi Generasi Al-Quran >> Berita Malay 18


KUALA LUMPUR: "Walaupun kami diibaratkan seperti tersungkur menyembah bumi, kami yakin dan akan bangun kembali demi meneruskan cita-cita kami untuk melahirkan generasi Al-Quran dalam kalangan mereka yang kurang berkemampuan."

Itu kata-kata dari Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah ketika ditanya mengenai masa depan madrasah itu yang telah ditimpa tragedi hitam lebih tiga bulan yang lalu.

Pusat tahfiz yang terletak di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat itu menjadi perhatian negara apabila telah terbakar kira-kira pada jam 4.15 pagi pada 14 September lalu.

Tragedi yang mendukakan itu telah mengorbankan seramai 21 pelajar, yang mana kebanyakan daripada mereka berusia bawah 15 tahun serta turut mengorbakan dua orang guru.

Berikutan daripada kes itu, pusat tahfiz terbabit telah menghentikan operasinya sementara waktu sehinggalah ke hari ini.

Kejadian yang dianggap ujian daripada Allah itu, bagaimanapun tidak sedikit pun menggoncang semangat guru dan juga pelajar untuk terus menyambung pengajian mereka di situ.

Walaupun mereka banyak menerima pelbagai kecaman susulan tragedi itu, permintaan untuk belajar di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dikatakan terus meningkat.

"Kami telah membuka permohonan kemasukan ke pusat tahfiz ini pada November lalu sehingga 15 Disember dan tanpa disangka, kami telah menerima 160 permohonan baru daripada ibu bapa, malah masih ada yang memohon kemasukan sehingga semalam". kata pengetua tahfiz berkenaan.

Walaubagaimanapun, mereka dipercayai hanya dapat mengambil 55 pelajar sahaja menjadikan jumlah pelajar di sini 65 orang dan dijangka akan memulakan pengajian pada Selasa atau Rabu depan.

Katanya lagi, mereka akan meminjam bangunan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Danau Lumayan, Bandar Sri Permaisuri, Cheras buat sementara waktu dan sedang menunggu surat kebenaran masuk, sebelum boleh memulakan pengajian.

Beliau juga berkata bahawa mereka tidak akan menggunakan bangunan baharu pusat tahfiz itu, yang terletak kira-kira 400 meter dari bangunan yang terbakar kerana perlu menukar statusnya daripada kediaman kepada institusi terlebih dahulu.

Berpandukan syarat ditetapkan kerajaan, hanya bangunan berstatus institusi boleh dijadikan tempat pengajian serta asrama penginapan pelajar.

Beberapa perkara perlu ditambah baik untuk menjadi institusi antaranya adalah dengan menyediakan alat pengesan haba dan asap, selain perlu mengubah struktur bangunan yang dijangka siap dalam tempoh enam bulan dengan kos sekitar RM600,000," katanya.

Terdahulu, wartawan turut dibawa melawat melihat bangunan baharu lima tingkat pusat tahfiz berkenaan yang berkeluasan 10,000 kaki persegi di mana dia berasa kagum melihat kemudahan serba lengkap walaupun pelajarnya tidak dikenakan yuran.

Bangunan baharu itu dilengkapi dengan ruang belajar, tempat tidur dengan 65 katil, pendingin hawa, ruang makan, surau dan gelanggang badminton, selain 18 kamera litar tertutup (CCTV), loceng keselamatan serta lebih 10 alat pemadam api.

Dalam pada masa yang sama, seorang pelajarnya yang terbabit dalam kejadian kebakaran, berkata dia tidak sabar untuk menyambung pengajian bersama rakan baharu.

Seorang lagi pelajar yang mengalami kecederaan di bahagian tangan berkata beliau tetap bersemangat meneruskan pengajian walaupun tragedi itu berlaku selepas dua bulan memasuki pusat tahfiz berkenaan.

"Saya reda dengan kejadian itu. Saya masih ada teringat rakan dan kebakaran, namun tidak sekerap dulu," katanya lagi. Sumber: Berita Harian, Editor: Amira

Hasil carian imej untuk Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah bangkit semula

Imej yang berkaitan

Hasil carian imej untuk Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah bangkit semula

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :