Imej pegun video menunjukkan suspek membelasah mangsa yang juga ibunya sendiri.
NEW DELHI - Seorang anak tergamak mencekik dan menghempas ibunya yang berusia 82 tahun ke lantai dalam satu kejadian yang menggemparkan India, baru-baru ini.
Polis berkata, insiden menyayat itu berlaku di Alwar, Rajashtan.
Suspek dikenali sebagai Jogendra Choudhary, 50, seorang guru di sebuah sekolah tempatan.
"Kejadian itu sempat dirakam cucu wanita terbabit. Dia mahu mendedahkan perangai sebenar pakciknya yang sering mendera mangsa sejak enam bulan lalu," kata jurucakap polis Alwar.
Jogendra melarikan diri dan bersembunyi selepas rakaman video tersebut tular di media sosial.
Susulan itu, satu laporan polis dibuat terhadap Jogendra dan polis sedang menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 386 dan 506 Kanun Prosedur Jenayah India (IPC). - Times of India
Related Posts :
Update FARID KAMIL BUAT SIDANG MEDIA KHAS ESOK >> Berita Malay 18
Selepas lama berdiam diri, pelakon dan pengarah popular, Datuk Farid Kamil bersedia untuk bertemu pihak media di Shah Alam, esok.
Ber… Read More...
Update PENGABDI SETAN DI DALAM TANDAS.... >> Berita Malay 18
Jika sebelum ini tersebar gambar yang memaparkan gambar watak dalam filem seram Jepun, Ju-On ditampalkan di dalam tandas dan pintu, kin… Read More...
Update SPRM CADANG PENUBUHAN BADAN BEBAS INDEKS RASUAH >> Berita Malay 18
Putrajaya - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta rakyat tidak menilai kemerosotan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang ja… Read More...