Update Ayuhlah kita realisasikannya! >> Berita Malay 18

Pilihan raya perbezaan negara kita dengan negara Arab, peluang itu kita nampak di sini. Namun di dunia Arab peluang seperti ini tidak nampak.
Ayuhlah kita realisasikannya!Kalau inginkan juga, perlulah terpaksa melalui perebutan yang dasyat, hingga mengorbankan nyawa, keluarga dan harta yang akhirnya, boleh jadi rakyat itu berpeluang atau mungkin tiada langsung dapat melihat segala apa yang diperjuangkannya itu berikutan kemusnahan dan desakan yang berlaku semata-mata untuk meraih peluang tersebut.
Sebagaimana Algeria yang menang pilihanraya, mereka ingat peluang sentiasa terbuka, tetapi tidak sama sekali. Hingga sampai satu tahap rakyat yang menentukan pemimpin, kuasa negara tidak membenarkan sebagaimana negara Mesir. Setahun selepas itu, kuasa tentera berkuasa semula dan peluang rakyat negara itu sama sekali musnah.
Bagaimana kita pandang negara kita ini? Ada kemungkinankah negara kita berpeluang untuk menukar pemerintahan? Negara kita menggunakan pendekatan sistem demokrasi.
Hanya kita perlu tambah sedikit keberanian kerana demokrasi ini mereka boleh peralatkan juga.
Justeru itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlu melihat semua faktor-faktor ini. Bagaimana kita boleh atasi dan harungi kemungkinan-kemungkinan halangan yang timbul, sehingga pilihanraya ini dilaksanakan dengan baik, telus dan amanah tanpa ada tangan-tangan kotor merosakkannya?
Melalui bacaan politik ini, kita sewajarnya memanfaatkan peluang yang dihamparkan itu. Kita semua perlu menggunakan peluang yang ada ini untuk mengujudkan perubahan di tanah air kita ini dan itulah yang kita bahkan semua rakyat Malaysia harapkan.
Bertegaslah kita dalam melaksanakan kewajipan membuang undi dalam pilihanraya 14 akan datang. Berilah peluang kepimpinan dalam parti baharu bersama rakan pakatannya, membuktikan apa yang dibicarakan mereka. Hanya kita sebagai rakyat mampu melakukannya.
Jika tidak, bila lagi kita akan dapat lihat peluang yang ada ini? Bagaimana keadaan generasi ini dan seterusnya? Tekadlah perubahan yang kita lakukan ini untuk menyelamatkan sebuah negara yang amat kita cintai dan sayangi, negara Malaysia.
Berilah peluang kepimpinan dalam parti baharu bersama rakan pakatannya, membuktikan apa yang dibicarakan mereka.
Kehadiran Islam
Persoalannya, apakah tujuan daripada kehadiran Islam itu kepada masyarakat? Ia adalah supaya kita boleh membina sejarah baru, negara baru, realiti baru iaitu kabinet orang lain, Perdana Menteri orang lain, bukan semua kepada seorang sahaja.
Tentunya, rakyat Malaysia inginkan Perdana Menteri yang mempunyai keyakinan yang tinggi dan berintegriti serta ia adalah seorang yang menang menerusi sistem demokrasi yang bersih, telus dan amanah itu.
Bersegeralah dan berusahalah kita cuba merebut peluang yang ada ini, bagi merealisasikan Malaysia Menuju Negara Rahmah agar semua menikmati situasi yang benar dan harmoni sebagaimana Islam sarankan kepada umatnya.
Sebagaimana yang diketahui, sistem dalam negara ini, bukan sebagaimana yang kita inginkan. Di mana yang patuh Syariahnya? Perkara yang boleh dipersoalkan. Sebenarnya negara kita berdiri dalam dwi-sistem sebagaimana bank pun di negara ini masih ada yang konvensional dan Islamik, fully Islamic dan ada window sahaja. Begitujuga mahkamah, terdapat mahkamah sivil dan mahkamah syariah.
Namun itu tidak bermakna, kita akan mengenepikan pengalaman-pengalaman daripada ‘engagement’ kita dengan tamadun-tamadun dunia, ‘engagement’ kita dengan masyarakat antarabangsa yang pelbagai-bagai.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :