
Naib Pengerusinya, Che Ibrahim Mohamed berkata undi Melayu pecah bukan kerana banyak parti, tetapi kerana Pas yang melarikan diri dari pakatan pembangkang dengan mewujudkan blok ketiga.
“Tahun 1990 Allahyaraham Tuan Guru Nik Aziz berjaya menyatukan 4 parti melayu (Pas, S46, Berjasa dan Hamim) dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) sehingga perjaya mengalahkan BN-Umno di Kelantan.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata sekiranya Amanah mahu melawan Umno mengapa parti itu “sibuk” memasuki kerusi Pas yang secara tradisi menyaksikan pertandingan Pas-Umno sejak puluhan tahun.
“Amanah adalah ijtihad yang salah hasil dari campurtangan pihak luar terhadap politik Malaysia dan mendapat sokongan DAP yang mulanya untuk menggantikan Pas tapi sekarang laksana melukut di tepi gantang sahaja,” katanya dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia.
Abdul Hadi merujuk kepada rancangan Amanah untuk bertanding di 27 kerusi Parlimen yang sebahagian besarnya di kerusi Pas. Pas dikatakan mahu bertanding di 130 Parlimen pada pilihan raya umum ke-14.
Amanah ditubuhkan pada 2015, selepas pemilihan Pas tahun itu yang menyaksikan kelompok yang mahu Pas kekal bekerjasama dengan PKR dan DAP tersingkir daripada pucuk pimpinan.
Ahli Parlimen Marang itu berkata Pas berulang kali berdepan dengan parti-parti serpihan yang akhirnya akan “tenggelam”.
“Sejak tahun 60-an, Parti Imam, Parti Islah, 70-an Parti Berjasa, 80-an Parti Hamim, itu pecahan Pas yang semuanya ditenggelamkan zaman.
“Sebahagian besar daripada mereka kembali semula kepada Pas. Sepatutnya mereka mengambil iktibar sejarah lama ini. Mungkin mereka ini orang baru, tidak tahu cerita lama,” katanya.
Hadi berkata Pas perlu memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi bagi membolehkan parti itu mempunyai pengaruh bagi menentukan kerajaan dan mencapai matlamat perjuangan Islam.

“Maka kita bertekad akan menentang Umno BN dan mana-mana pihak yang bersekutu dengannya dalam pilihan raya akan datang ini,” katanya.
Mohamad berkata, Amanah tidak ada apa-apa persepakatan dengan Pas dan partinya akan bertanding di mana-mana sahaja tempat yang dipersetujui secara bersama dalam PH.
“Kenapa pula apabila Pas mengisytiharkan bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh yang disandang PKR, ia tidak dianggap sebagai membawa perpecahan kepada Melayu?” katanya.
Hadi pada awal Februari lalu mengesahkan Pas akan bertanding di Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya akan datang, bahkan menyatakan kerusi itu adalah milik Pas pada 1978.