Update Berhutang: 1MDB tidak akan ditutup dalam 10 tahun, kata pakar ekonomi >> Berita Malay 18

Prof Barjoyai Bardai berkata, 1MDB perlu menyelesaikan hutangnya tidak melebihi 10 tahun, selepas penstrukturan semula.
1MDB-reuters
PETALING JAYA: 1MDB tidak akan ditutup dalam tempoh 10 tahun ini kerana kerajaan memerlukan masa untuk melangsaikan hutang ditanggung syarikat pelaburan strategik itu, kata pakar ekonomi, Prof Barjoyai Bardai.
Pensyarah Universiti Tun Abdul Razak itu berkata, 1MDB perlu menyelesaikan hutangnya tidak melebihi 10 tahun, selepas penstrukturan semula.
“1MDB ditubuhkan untuk melakukan projek khusus dan asalnya ia menggabungkan semua projek berkait janakuasa tenaga dan kemudian projek itu mengalami beberapa masalah dan memerlukan penstrukturan semula…bila semua aspek kewangan dalam 1MDB diselesaikan, memang 1MDB tidak mempunyai fungsi lagi, jadi wajar ia ditutup.
“Tempoh hutang itu diselesaikan bergantung kepada projek-projek yang dilaksanakan sekarang untuk mewujudkan sumber kewangan sebab kita dah lakukan kesilapan. Sekarang ini, kita nak tutup hutang itu dengan mengadakan projek lain, jadi ia memakan masa.
“Mungkin saya rasa 1MDB tiada masa sampai 10 tahun kerana kebanyakan hutang mereka perlu diselesaikan dalam tempoh lebih pendek daripada itu, tetapi bergantung kepada bagaimana ia akan diselesaikan dan bagi saya ia memerlukan perancangan kewangan yang sangat berkesan dalam tempoh 10 tahun dan hutang-hutang 1MDB juga adalah hutang jangka pendek,” katanya kepada FMT hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Tan Sri Mohd Irwan Siregar Abdullah yang 1MDB akan ditutup selepas semua hutang dibayar.
Pengerusi 1MDB itu yakin dana milik kerajaan itu mampu melangsaikan semua hutang melalui pelan rasionalisasinya.
Barjoyai percaya kedudukan kewangan negara akan berubah dan keyakinan pelabur asing akan kembali, selepas semua hutang itu diselesaikan dan 1MDB ditutup.
“Memang 1MDB telah mewujudkan satu krisis dan suasana kewangan agak menggerunkan Malaysia, tapi kalau isu hutang-hutang ini dapat diselesaikan, pastinya ia akan mengubah imej dan kedudukan kewangan negara, tapi jumlah tanggungan hutang adalah besar dan ia memerlukan masa untuk menyelesaikanya.”
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: