HABISLA UMNO/BN KALI NH !!!
UMNO NI FAHAM KE TAK ISLAM, JANGANLAH PERBODOHKAN RAKYAT, ADA PENDAKWAHPUN BERSUARA SUMBANG.
JANGAN MEMPERBODOHKAN RAKYAT JIKAPUN SAYANGKAN KEPADA AGAMA.
SANGAT TIDAK KENA JIKA KITA KATA SELAMATKAN PEMIMPIN BN MAKA ISLAM TERSELAMAT WAIMMA PEMIMPIN ITU MELAYU !!!
KITA HARAP PENCERAMAH UMNO/BN INI FAHAM DENGAN APA YANG DIKATAKANNYA. NAMPAKNYA PENCERAMAH INI HUJAHNYA MEMBUATKAN ORANG MELAYU AKAN MENINGGALKAN UMNO/BN
MANA DIA BELAJAR NI !
SEPATUTNYA JIKA AGAMA MAHU DIPERTAHANKAN UBAHLAH DASAR PARTI KEPADA DASAR ISLAM, ATAU IKUTLAH PERLEMBAGAAN PASAL 3 DAN TERJEMAHKAN DIDALAM KEHIDUPAN TU BARU BETUL.
NI MUNG NAK KELENTONG SAMA RAKYAT KO !
PENCERAMAH NI SEOLAH-OLAH NAK BAGI BN/UMNO KALAH !!!!
-Pak Karamu-
Sokong BN untuk terus pertahan Islam
(Ubah saiz teks)
JELI - Rakyat perlu terus memberikan kepercayaan dan sokongan kepada Umno BN untuk mentadbir kerajaan demi mempertahankan kedudukan agama Islam di negara ini.
Penceramah Umno yang juga Penasihat Agama Menteri Besar Terengganu, Kamalrudin Omar berkata, rakyat perlu membuat pilihan tepat bagi memastikan Islam tertegak dengan baik.
"Kalau nak selamatkan Melayu, Islam dan negara, rakyat kena buat pilihan yang tepat, bagi sokongan pada Umno BN untuk terus memerintah.
"Generasi muda perlu diberi kesedaran. Pertarungan akan berlaku, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak, pemimpin Melayu dan Islam dijangka bertanding dengan Ketua Pakatan Harapan, Lim Kit Siang, " katanya dalam Ceramah Isu- Isu Semasa Menjelang PRU14 di sini, malam tadi.
Ceramah disertai yang turut disertai Pengerusi BN negeri yang Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan penceramah, Mohd Yusoff Solu itu dihadiri kira- kira 700 rakyat parlimen ini.
Kamalrudin berkata, ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri, cubaan untuk mengangkat pemimpin bukan Islam pernah menjadi isu.
"Pak Lah (Abdullah) pernah keluarkan kenyataan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri (TPM) tetap orang Melayu, Islam. Sebab ketika itu Anwar Ibrahim (Datuk Seri) dan Pakatan Rakyat nak serah jawatan TPM kepada DAP, " katanya.
"Kalau (rasa) nak gadai negara, beri (peluang) pada Pakatan Harapan, (tapi) saya harap ia tak berlaku di Kelantan, " katanya.
Dalam pada itu, sebelum mengakhiri ceramahnya, Kamalrudin mengingatkan tentang masa yang semakin suntuk untuk BN membuat perubahan.
"Kita tak banyak masa, yang penting jaga parti dan gerakan kita, berikan ketaatan, kita bekerja siang dan malam bagi memastikan perubahan berlaku di Kelantan untuk kita tawan negeri ini," katanya.