Buat pembaca-pembaca CTS yang masih keliru dan meneka dalam kesamaran, apakah skandal isu tanah Ijok yang menjadi bualan hangat sekarang sehingga mendapat liputan dua muka surat di Berita Harian, hari ini, CTS berikan kronologi yang mudah untuk difahami:
1. 981 peneroka di Ijok telah memberikan tanah mereka kepada dua syarikat swasta, tetapi mereka tidak mendapat pampasan yang dijanjikan.
2. Mantan Menteri Besar, TS Khalid Ibrahim (TSKI) telah merampas tanah tersebut selepas P{ilihan Raya Umum (PRU) ke 12 kerana dua syarikat terbabit gagal menunaikan pampasan dan juga tidak membayar cukai premium tanah.
3. TSKI kemudian menyatakan akan memberikan pampasan yang lebih tinggi kepada peneroka kerana nilai tanah semakin meningkat.
4. Syarikat swasta tersebut kemudian talah mengheret kerajaan negeri Selangor ke mahkamah untuk mendapatkan kembali tanah tetapi keputusan memihak kepada Kerajaan Negeri Selangor di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.
5. TSKI digulingkan melalui Langkah Kajang yang dipelopori oleh Rafizi Ramli. Azmin Ali kemudiannya diangkat menjadi Menteri Besar.
6. Syarikat membuat rayuan terakhir kepada Mahkamah Persekutuan.
7. Sebelum perbicaraan bermula, Azmin Ali bersetuju membuat penyelesaian di luar mahkamah dan menyerahkan kembali tanah tersebut kepada dua syarikat swasta terbabit.
8. Syarikat swasta terbabit telah menjual tanah yang mereka dapat kembali itu kepada syarikat awam pada harga pasaran RM1.18 billion! Daripada jumlah tersebut, RM421 juta mereka bayar pampasan kepada peneroka.
9. Yang menjadi isu sekarang adalah untung atas angin yang diperoleh oleh syarikat terbabit iaitu RM757 juta. Kenapa mereka menjual tanah pada harga pasaran kepada syarikat awam terbabit, tetapi peneroka diberi pampasan pada harga 18 tahun dulu?
10. Persoalan kedua, kenapakah Kerajaan Negeri tidak menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan untuk keputusan kes ini memandangkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan memihak kepada Kerajaan Negeri. Kenapa perlu ada penyelesaian luar mahkamah dengan dua syarikat terbabit?
11. Inilah yang dipersoalkan oleh TSKI, adakah terdapat penyelesaian tepi? Di mana dan bagaimana baki wang RM757 juta itu pergi dan dibelanjakan?
12. Azmin Ali dan pencacai-pencacainya sekarang gusar dengan serangan bertalu-talu mengenai isu ini. Malah Setiausaha Politik Azmin Ali, Shuhaimi Shafie mengendalikan isu ini dengan tidak profesional. Beliau menuduh "adakah TSKI mahu memenuhi KPI UMNO dengan menyerang Azmin Ali untuk menyertai BN?" Baca di sini.
Kesimpulannya, ketika Langkah Kajang dulu, PKR telah mengeluarkan laporan setebal 91 muka surat di mana di antaranya mereka menuduh TSKI bersekongkol dengan UMNO. TSKI telah mengheret mereka ke mahkamah yang berakhir dengan permohonan maaf oleh Setiausaha Agung PKR ketika itu, Saifudin Nasution. Nampaknya fitnah memang menjadi darah daging mereka dengan menuduh sekali lagi TSKI bekerjasama dengan BN untuk menyerang Azmin Ali dalam isu tanah Ijok ini.