Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan Brig-Jen (B) Mohamed Arshad Raji telah meminta supaya Menteri Besar Negeri Sembulan Datuk Seri Mohamad Hassan meminta maaf atas ucapannya di Rembau yang didakwa menghasut anak muda menggempur mereka yang kononnya ‘memfitnah’ kerajaan.
Arshad berkata bahawa sekiranya ahli politik terus membuat ucapan menghasut sedemikian, pilihanraya akan datang tidak akan bebas daripada keganasan.

Hassan, dalam video yang tular itu dirakam berkata: “Jika ada kedai kopi yang menjadi sarang memfitnah kerajaan, gempur kedai kopi tersebut, ganyang dia, terbalikkan meja dia, kena tangkap dengan polis saya jamin.”
Rakaman tersebut menunjukkan betapa tak beradab dan tidak berbudayanya Hassan, kerana mahu kekal berkuasa bukan melalui cara yang aman dan demokratik, tetapi dengan cara menghasut dan keganasan terhadap mereka yang mengkritik kerajaan.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam sidang medianya di Parlimen hari ini berkata bahawa komentar Arshad itu bukan sahaja mewakili pesara tentera dan polis, bahkan majoriti senyap dalam UMNO yang mahukan keamanan dan kemakmuran buat seluruh rakyat Malaysia.
Kit Siang membuat komentar terbabit dalam mengulas beberapa laporan berita yang menurutnya menjadi isyarat wujud masalah dalam UMNO yang boleh membuatkan parti itu ‘meletup’.
Selain Arshad, veteran UMNO termasuk Tan Sri Rais Yatim, Tan Sri Rafidah Aziz dan Setiausaha Kelab Veteran UMNO Datuk Mustapha Yaakub turut menghamburkan kritikan terhadap parti tersebut.
Rais yang merupakan mantan menteri dan kini penasihat khas kerajaan, tempoh hari memberi amaran bahawa politik ‘kurang ajar’ akan memberi kesan buruk kepada UMNO.
Sebaliknya, ucapan Mohamad Hassan pula menjadi contoh terbaru politik ‘kurang ajar’ parti tersebut.
“Adakah UMNO bakal meletup apabila kepimpinannya tidak bersedia mendengar keluhan isi hati anggota dan veteran parti?” soal Kit Siang.
Related Posts :
Update On PH 1st anniversary, Dr.M insist its Anwar not Azmin... >> Berita Malay 18
Even prior to Pakatan Harapan's victory in the 14th general election, speculation was rife over Dr Mahathir Mohamad's successor as prime m… Read More...
Update 'Anwar bebas buat keputusan yang difikir terbaik untuk Malaysia' >> Berita Malay 18'Anwar bebas buat keputusan yang difikir terbaik untuk Malaysia': WAWANCARA | Dr Mahathir berkata beliau akan mematuhi pelan peralihan kuasa… Read More...
Update RM720,000 BANTUAN AWAL RAMADHAN DARIPADA KERAJAAN PAHANG >> Berita Malay 18
… Read More...
Update Hutang 1MDB RM51 bilion; Bayar bunga saja RM8.6 bilion? Siapa mau bayar, Najib ka? Pelucutan hak barangan Najib & keluarga! Umno dalam bahaya bro jika DAP dapat pujuk Melayu [Video Anwar tetap PM selepas saya, muktamad - Dr M] >> Berita Malay 18Rabu, 8 Mei 2019
KiniTV
Dalam satu wawancara, ketika ditanya kemungkinan penggantinya selepas ini, Dr Mahathir Mohamad menjawab, apabila be… Read More...
Update RM720,000 BANTUAN AWAL RAMADHAN DARIPADA KERAJAAN PAHANG >> Berita Malay 18
… Read More...