Update [BENTONG] PUSAT REKREASI DIPANTAU TANGANI KES LEMAS >> Berita Malay 18



Pusat rekreasi dipantau tangani kes lemas



Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengarahkan anggotanya memantau di setiap pusat pusat rekreasi di negeri ini bagi menangani tragedi lemas yang meragut beberapa nyawa sejak kebelakangan ini.

Pengarah APM Pahang, Zainal Yusof berkata, tindakan itu perlu dilakukan kerana banyak lemas semasa mandi di pantai, sungai, air terjun dan kolam renang yang sering berlaku baru-baru ini yang memerlukan tindakan segera.

Menurutnya, isu lemas ini bukan baru, malah sejak kebelakangan ini banyak laporan berhubung kemalangan itu sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

"Kebanyakan mangsa lemas berlaku di pusat rekreasi di negeri ini, Jadi, kita telah menempatkan anggota-anggota APM pada hujung minggu dan hari cuti umum dan kita hantar anggota untuk bertugas memantau aktiviti dilakukan pengunjung.

"Selepas kita letakkan anggota, kita lihat ada perubahan kerana kurangnya mangsa lemas seperti di Bentong di Air Terjun Chamang. Namun, saya nasihatkan orang awam supaya berhati-hati apabila nak mandi di kawasan rekreasi dengan pastikan ia sesuai atau tak sesuai untuk mandi," katanya pada Majlis Perhimpunan Tahunan Majlis Penghargaan APM Daerah Bentong di Balai Raya Kampung Janda Baik, di sini, semalam.

Sementara itu, Zainal berkata, APM juga menerima sebanyak dua buah bot amfibia daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara Nadma baru-baru ini.

Menurutnya, bot yang boleh mencapai kelajuan sehingga 60 kilometer sejam itu berharga RM600,000 seunit, akan memudahkan agensi penyelamat untuk menyalurkan bantuan ketika bencana terutama banjir besar.


Subscribe to receive free email updates: