Update Bolehkan Umno tangguh pemilihan parti hingga 2019? >> Berita Malay 18


Isu ini penting kerana dua sebab, yakni:
i) Umno ialah sebuah parti politik terbesar di Malaysia dan merupakan tunggak kerajaan kita. Oleh kerana itu, isu ini memberi kesan kepada Malaysia sebagai sebuah negara dan kepada semua rakyat Malaysia sebagai golongan yang diperintah oleh kerajaan.
ii) Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (Registrar of Societies - RoS) sering sekali mengambil tindakan terhadap pertubuhan-pertubuhan yang tidak mengikut undang-undang ataupun perlembagaan mereka. Contohnya, DAP - di dalam kes DAP, RoS dengan teliti sekali menjalankan tugasnya untuk memastikan pilihan pegawai-pegawai DAP adalah sah. Pada masa ini pula RoS dengan tekun sekali mentelaah perlembagaan Bersatu untuk memastikan parti itu mengikut undang-undang dan perlembagaannya. Saya merasa amat bangga dengan ketelitian dan ketekunan RoS menjalankan tugas-tugasnya. Syabas.
Isu Umno ialah: bilakah Umno sepatutnya memilih ahli Majlis Tertinggi mereka, termasuklah jawatan presiden, naib presiden, timbalan-timbalan presiden dan sebagainya.
Isu ini penting kerana umum mengetahui bahawa presiden Umno akan menjadi perdana menteri, timbalan presiden akan menjadi timbalan perdana menteri dan sebagainya.
Mengikut peruntukan Perlembagaan Umno, klausa 9.3 mengatakan bahawa Majlis Tertinggi Umno perlu dipilih tiga tahun sekali.
Kali terakhir Majlis Tertinggi dipilih ialah pada 19 Oktober 2013. Jadi pemilihan ahli Majlis Tertinggi Umno sepatutnya diadakan pada 19 Oktober 2016.
Klausa 10.16 pula memberikan kuasa kepada Majlis Tertinggi Umno untuk menangguhkan pemilihan ahli-ahli Majlis Tertinggi selama 18 bulan.
Jadi, jika kuasa dibawah klausa 10.16 digunakan untuk menangguhkan pemilihan ahli-ahli Majlis Tertinggi Umno, maka pemilihan ahli-ahli Majlis Tertinggi Umno mesti dibuat selewat-lewatnya pada 19 April 2018, iaitu 18 bulan dari 19 Oktober 2016.
Namun, Umno telah menangguhkan pemilihan ini sehingga 19 April 2019!
Itu bermakna bahawa Umno menangguhkan pemilihan ahli-ahli Majlis Tertinggi bukan sahaja untuk 18 bulan tetapi 30 bulan. Walhal Perlembagaan Umno hanya memberi kuasa untuk menangguhkan pemilihan tersebut selama 18 bulan sahaja.
Di dalam menjawab isu ini, Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor menyatakan bahawa RoS telah membenarkan permohonan Umno untuk melanjutkan tarikh pemilihan ahli-ahli Majlis Tertingginya di bawah Seksyen 13A (4) Akta Pertubuhan.
Persoalannya sekarang: apakah RoS mempunyai kuasa di bawah Seksyen 13A (4) untuk melanjutkan tempoh jangkamasa untuk Umno membuat pemilihan parti?
Pada pendapat saya, Seksyen 13A (4) langsung tidak terpakai kepada kes ini. RoS dengan itu tidak ada kuasa di bawah seksyen itu untuk membenarkan apa-apa perlanjutan masa untuk Umno membuat pemilihan parti.
Seksyen 13A (4) ialah seperti berikut:
(4) The Registrar may, on application in writing made to him by a registered society, extend the time provided by him to the society in any order made under subsection (1) or (2) if he is satisfied that the society has given good grounds in its application and it would be just and proper to grant such extension.
Jelas dari peruntukan Seksyen 13A (4) bahawa RoS hanya mempunyai kuasa untuk melanjutkan masa yang diperuntukkan oleh RoS sendiri melalui apa-apa perintah yang dibuat oleh RoS di bawah seksyen kecil (1) atau (2).
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: