Dunia pendidikan akan tercemar sekiranya terdapat guru yang tidak berperikemanusiaan seperti yang terjadi kepada salah seorang guru yang dikenali sebagai M yang bertugas di Sekolah Dasar Negeri (SDN) 104302 Desa Cempedak Lobang, Kecamatan Seirampah Kabupaten Serdang Bedagai, Sumatera Utara memberi hukuman kepada pelajarnya menjilat mangkuk tandas.
Ibu Bapa kepada pelajar yang dikenali sebagai MB itu tersangat marah ke atas kes tersebut kerana anaknya diberi hukuman seperti itu hanya gara-gara tidak membawa tanah kompos.
Menurut Ibu pelajar tersebut anaknya itu disuruh menjilat mangkuk tandas sebanyak 12 kali, tetapi baru empat kali dia sudah muntah.
Dia mendengar berita itu daripada kawannya lalu suaminya iaitu bapa perlajar tersebut pergi ke sekolah berjumpa dengan guru berkenaan.
Ibu bapa mana yang tidak marah jika anak mereka diberi hukuman seperti itu seperti sudah tidak ada hukuman lain.
Kalau mahu disuruh bersihkan tandas sekalipun tiada masalah tetapi jangan disuruh jilat kerana hukuman seperti itu tidak berperikemanusiaan.
Ekoran dari kejadian itu, ibu bapa pelajar terbabit meminta guru berkenaan diberi hukuman yang setimpal.
Ketua perkhidmatan Pendidikan Kabupaten Serdangbedagai, Joni Walker masih menjalani siasatan susulan mengenai maklumat yang dikatakan kekejaman seorang guru perempuan yang dikenali sebagai M yang menyuruh pelajarnya menjilat mangkuk tandas.
Munurut Joni Walker ini adalah kali pertama dia menerima laporan seperti itu terjadi di sekolah itu.
Berhunung kes itu, dia menyuruh pembantunya memanggil Guru Besar Sekolah itu dan guru terbabit untuk menyelesaikan segala persoalan.
Menurutnya guru itu tidak mudah untuk dipecat kerana dia adalah penjawat awam dan berkata supaya belajar terlebih dahulu kerana ia berkaitan dengan sekatan yang akan diberikan kemudian.
Beliau berkat banyak faktor yang mungkin mempengaruhi seseorang guru itu bertindak di luar jangkaan. Katanya juga tidak mungkin seseorang guru memberi hukuman tanpa kesalahan yang dibuat.
Walaubagaimanapun, sekiranya seseorang guru itu bersalah tetap akan diberi sekatan yang tepat. Sumber:Tribun-Medan , Editor:Anna