Update Video Kes Bunuh Penggal Kepala Di Sri Aman Palsu >> Berita Malay 18


KUCHING: Baru-baru ini telah tular di laman sosial apabila pihak polis telah berjaya menemui satu kepala manusia tanpa badan dipercayai telah dipenggal oleh suaminya sendiri.

Kejadian tersebut dipercayai telah berlaku di Sri Aman namun, semalam sebuah video telah di muat naik oleh seorang pengguna Facebook turut menjadi viral di mana video terbabit dikatakan berkaitan dengan kes pembunuhan terbabit.

Bagaimanapun, menurut pihak polis video yang viral terbabit sama sekali tidak berkaitan dengan kes pembunuhan ngeri terbabit dan ternyata semuanya adalah palsu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar meminta agar pihak netizen tidak lagi memviralkan video terbabit supaya sebarang siasatan yang dijalankan oleh pihak polis tidak terganggu.

Terdahulu, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Kenedy Morie bertanggungjawab menyebarkan video tersebut di mana dia juga turut mendakwa bahawa video terbabit mempunyai hubung kait dengan kes bunuh yang terjadi di Sri Aman.

Kes bunuh ngeri tersebut telah menyebabkan kepala wanita tanpa badan ditemui di tebing sungai dan menurut pihak berkuasa identiti mayat serta punca kejadian terbabit sudah diketahui.

Berdasarkan hasil siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa, ternyata video yang viral tersebut adalah video mengenai satu kejadian yang dipercayai telah berlaku di Amerika Selatan.

Pihak polis menegaskan sekali lagi bahawa video tersebut bukanlah video kes yang berlaku di Sri Aman dan mana-mana individu yang mempunyai video terbabit diminta memadamnya dengan kadar segera.

Dalam pada masa yang sama, laporan polis berhubung video juga telah dibuat bagi membolehkan individu yang bertanggungjawab terhadap penyebaran video tersebut tampil menyerahkan diri kepada pihak berkuasa. Sumber: E Berita, Editor: S

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :