Update Guan Eng: PH hadkan 2 penggal jawatan PM, KM dan MB >> Berita Malay 18

Setiausaha Agung DAP itu berkata perkara itu diputuskan semasa mesyuarat manifesto PRU pakatan pembangkang semalam.

lim-guan-eng-fmt-2GEORGE TOWN: Pakatan Harapan (PH) berhasrat mengehadkan 2 penggal bagi jawatan perdana menteri, ketua menteri dan menteri besar sekiranya pakatan itu memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata perkara itu diputuskan semasa mesyuarat manifesto PRU14 pakatan pembangkang itu semalam.
“Apabila kita mahu melaksanakan sesuatu dasar, kita bukan sahaja mendapatkan persetujuan parti tetapi juga parti PH lain.
“Sehingga hari ini, masih ada pihak yang menolak cadangan itu.
“Bagaimanapun, majoriti memutuskan akan mengehadkan 2 penggal,” katanya dalam ucapan di majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di flat Taman Seri Setia.
Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini mengesahkan rancangan PH mengehadkan penggal jawatan perdana menteri, jika gabungan pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada PRU14.
Dr Mahathir yang pernah menjadi perdana menteri sejak 1981 hingga 2003 berkata, idea itu bertujuan mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan memastikan wujud pengasingan kuasa antara badan perundangan, kehakiman dan eksekutif.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :