Taburan wang dan pelbagai insentif serta ribuan janji projek ratusan jutaan ringgit dilafazkan Najib tampak tidak banyak merubah suasana serta mempesonakan rakyat. Ia tidak berbekas.
Sikap pengundi yang dilihat rata-rata akan menggunakan kuasa mutlak yang mereka miliki; bertindak bijak dengan mengambil wang dan apa sahaja yang dihulur namun akan merahsiakan undi mereka mencemaskan Najib. Pengundi tidak memberi komitmen mereka ambil pemberian tetapi rela menggadaikan undi.
Sikap inilah yang sukar untuk pihak UBN membuat telahan akan kemampuan mereka kelak. Kesukaran ini juga Najib sedang bermain batu serembang sama ada hendak bubar parlimen dan memanggil Piraum atau tidak.

![]() |
Ribuan mendengar ceramah Dr Wan Azizah di Bera Pahang. |
Kemurahan segera kerajaan BN itu tidak menjamin pengundi akan berpihak kepada UBN kali ini. Apa lagi segala pemberian itu tidak dapat mengatasi masalah dan bebanan yang mereka pikul. Kenaikan kos sara hidup disebabkan GST menjadi rakyat “gila” marahkan kepada BN. Tuntutan utama rakyat ialah bukan kesenangan di waktu pagi dan malam tetapi sepanjang hari.
Benar rakyat di pedalaman tidak peduli kepada isu skandal 1MDB dan kapal mewah Equanminity, mereka jahil mengenainya. Tetapi rakyat sangat terkesan dan terdesak dengan kos sara hidup. Nilai ikan kembung mencecah RM20 sekilo berbanding dengan harga pot getah RM1.45 sekilo menjadi nyanyian pilu rakyat di bawah sana.
Indikator terbaru dapat dilihat suasana dalam PH menunjukkan komponen itu kian mencabar BN, apabila beberapa road show atau jelajah negeri diadakan oleh para pemimpin PH diketuai Dr Mahathir Mohamad mendapat sambutan hangat.
Majlis-majlis jelajah bertemu rakyat yang sudah diadakan di Johor, Melaka, Perak dan Pahang menyerahlah akan sokongan mendadak. Beberapa kawasan sebelum ini menjadi jelumu kepada UBN, sudah pecah satu persatu. Ribuan rakyat yang kebanyakan penyokong tegar dan totok Umno memberanikan diri dan sedia langgar road block untuk hadir dengar ceramah PH.
Sebagai contohnya di Bera Pahang yang termasuk dalam kawasan parlimen Pekan diwakili oleh Najib sendiri. Sambutan di situ apabila Dr Mahathir turun di luar jangkaan. Walaupun ada usaha membendung kehadiran rakyat dengan ugutan, namun ugutan itu tidak dihiraukan lagi.
Mungkin kehadirannya tidak seramai di Johor ataupun di Kemunting Perak, tetapi kesediaan rakyat pedalaman kebanyakan peneroka untuk hadir mendengar syarahan Dr Mahathir sudah memadai dan sesuatu yang sangat positif. Di sinilah benar perkiraan politik para pemimpin PH bahawa Dr Mahathir menjadi ikon baru pembangkang sementara Anwar Ibrahim keluar penjara untuk mengambil alih mengemudi negara.
Hakikat ini diakui sendiri oleh Pengerusi IDE badan pengkaji dan penganalisa sosial politik, Prof Dr Mohammad Redzuan Othman bahawa aura yang ada kepada Dr Mahathir tidak boleh diremehkan. Dr Mahathir katanya masih menjadi pujaan orang Umno yang akan menyokong memberi undi kepada bekas PM itu ke mana beliau pergi.
![]() |
Dr Redzuan Othman |
Read More / Baca Lagi >>