Update Ibu Disabit Kesalahan Sumbang Mahram Kerana Berkahwin Dengan Dua Orang Anak >> Berita Malay 18


OKLAHOMA - Patricia Anna Spann , 45 bakal berhadapan hukuman penjara dua tahun selepas disabit kesalahan sumbang mahram kerana berkahwin dengan anak perempuannya, Comanche County.

Patricia dan anak perempuannya Mistry Spann, 26 ditangkap pada rabu dan dibawa ke penjara Stephens Country .

Pada tahun 2014 Patricia hilang hak penjagaan ke atas anak perempuannya dan bertemu semula pada Mac 2016 dan berkahwin selepas perkahwinan sejenis dibenarkan di sisi undang-undang di Oklahoma.

Berdasarkan siasatan, Patrician pernah berkahwin dengan anak lelakinya pada 2008 ketika anaknya berusia 18 dan perkahwinan itu dibatalkan oleh anaknya pada tahun 2010 ekoran daripada dakwaan sumbang mahram.

Selepas Jabatan Perkhidmatan sosial membuat pemeriksaan kebajikan ke atas anaknya, perkahwinan ibu dan anak perempuan itu dapat dikesan dan Misty Spann bertindak membatalkan perkahwinan itu Oktober lepas dan memberi alasan dia diperdaya oleh ibunya untuk berkahwin.

Beliau turut berkata bahawa ibunya mendakwa sudah mendapat khidmat nasihat tiga peguam dan bertegas perkahwinan itu dibenarkan undang-undang.

Misty Spann mengaku bersalah atas dakwaan sumbang mahram pada November dan kini terpaksa menjalani tempoh percubaan 10 tahun serta kaunseling.

Sementara ibunya pula dikehendaki menjalani tempoh percubaan lapan tahun selain hukuman penjara yang dikenakan.

Di bawah undang-undang negeri Oklahoma, perkahwinan dalam kalangan keluarga terdekat dianggap kesalahan sumbang mahram dan jika disabitkan, boleh dihukum sehingga 10 tahun penjara. Sumber:Astro Awani :Editor:Anna

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :