TEMERLOH: Anggota bomba yang digelar sebagai wira penyelamat di mana dia sering sahaja muncul dengan aksi ularnya telah meninggal dunia pagi tadi sekitar jam 1.00 pagi.
Mayat yang dikenali sebagai PB Abu Zarin B Husin (BBP Temerloh) itu menghembuskan nafas yang terakhir setelah beberapa hari dia di masukkan ke hospital kerana dipatuk ular.
Berita mengenai pemergian mangsa itu telah diumumkan sendiri oleh Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia) sekitar pagi tadi.
Terdahulu, Abu Zarin sebelum ini pernah terkenal dengan kecekapannya menangkap ular di mana gambarnya mengajar ular di dalam sebuah kelas telah menjadi viral di laman sosial.
Namun, tidak disangka minat yang disukainya itu akhirnya telah menyebabkan dia dipatuk seekor ular ketika sebuah operasi sehingga menyebabkan dia dimasukkan ke hospital dan tidak sedarkan diri.
Dalam pada masa yang sama, Abu Zarin sebelum ini pernah beberapa kali hadir ke Balai Bomba dan Penyelamat Raub untuk membantu operasi menyelamat mangsa yang hilang di hutan dan operasi lemas.
Bagaimana pun,jenazah Abu Zarin dikhabarkan akan di bawa ke Pasir Putih, Kelantan untuk disemadikan di sana. Sumber: E Berita, Editor: Iera