KUALA LUMPUR: Syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) belum selesai membayar pinjaman mudah RM250 juta yang diberikan kerajaan pada 2008, kata Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Menteri pertanian dan industri asas tani itu berkata baki pinjaman yang perlu dibayar sehingga 31 Januari lalu sebanyak RM248,193,737.81.

“NFCorp telah membuat bayaran balik pinjaman kepada kerajaan sebanyak RM34.98 juta pada 2012 dan 2013. Manakala jumlah sitaan NFCorp dan syarikat berkaitan di Jabatan Akauntan Negara Malaysia adalah RM46,934, 703,17.
“Merujuk kepada status terkini projek, kawasan tersebut dikosongkan NFCorp mulai 1 Mac 2017 dan diserahkan semula kepada kerajaan Negeri Sembilan,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Nga Kor Ming (DAP-Taiping) di Dewan Rakyat hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan tempoh bayaran balik pinjaman mudah daripada 2012 dan 2018.
Kerajaan memberikan pinjaman mudah RM250 pinjaman mudah kepada NFCorp untuk menjalankan projek Pusat Fidlot Nasional di Gemas, Negeri Sembilan, dengan matlamat untuk melonjakkan pengeluaran daging lembu dan mengurangkan kebergantungan kepada daging lembu import.
Kontroversi timbul apabila Laporan Kedua Audit Negara 2010 melaporkan pusat bernilai RM74 juta itu gagal mencapai 8,000 ekor lembu tahun itu, hanya memiliki 3,289 ekor lembu atau 41%.
Susulan itu, PKR mendesak penjelasan kepada dakwaan salah urus dan rasuah kewangan di NFCorp, yang dikendalikan oleh Pengerusi Eksekutif Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail, suami kepada Ketua Wanita Umno Tan Sri Shahrizat Jalil.
Kerajaan menamatkan kontrak NFCorp pada 4 September 2014 selepas mereka gagal membuat bayaran ansuran tahun itu. Menteri kewangan Datuk Seri Najib Razak dilaporkan berkata tempoh bayaran balik pinjaman itu daripada 2012 hingga 2028.
Mahkamah membebasksan Salleh daripada tuduhan pecah amanah membabitkan RM49.7 juta pada November 2015.
Related Posts :
Update Tok Mat Ada Apartment RM1O Juta Heboh, Azmin Ali Ada Apartment RM100 Juta Kenapa Senyap? >> Berita Malay 18
Antara bidak catur yang digunakan untuk minggu terakhir PRK DUN Rantau adalah dengan menampilkan calon BN, DS Muhammad Hassan atau Tok Ma… Read More...
Update [Video PENDEDAHAN KERUGIAN TH Zaman BN Selama 4 Tahun Duit Dalam TABUNG KURANG 19.9 BILLION] Streram soal Tok Mat: 'Rumah Minangkabau' itu milik siapa? >> Berita Malay 18Isnin, 8 April 2019
Tak Nak BN
Streram soal Tok Mat: 'Rumah Minangkabau' itu milik siapa?
Calon PH Dr S Streram hari ini meminta penje… Read More...
Update In Constitutional Monarchy Constitution is Supreme... >> Berita Malay 18
In English, a male monarch is called King, in Arabic Malik, in German Konig, in Japanese Tenno and in Danish Konge. Whether one is a… Read More...
Update Laporan Kewangan Dan Laporan Audit Pun Abang Mad Tak Boleh Beza? >> Berita Malay 18
Semalam Menteri Kewangan mengeluarkan kenyataan bahawa laporan audit LTAT 2018 adalah satu pembohongan.
Hari ini, Mat Sabu mengeluarkan… Read More...
Update Zunar, Bertaubatlah Kepada Allah Kerana Memfitnah DS Rosmah >> Berita Malay 18
Ini adalah satira-satira politik karya Zunar sebelum PRU14 yang serba sedikit telah menumbangkan Kerajaan BN.
Hari ini, … Read More...