Update OPERASI PUNGUTAN SAMPAH DI PULAU TIOMAN SEMAKIN LANCAR >> Berita Malay 18



Operasi pungutan sampah di Pulau Tioman semakin lancar



Lori kompaktor baharu yang mula beroperasi di Pulau Tioman, di sini, awal Februari lalu melancarkan lagi operasi pungutan sampah dan pembersihan kawasan di pulau peranginan terbabit.

Semua kerja-kerja pemungutan sampah dan pembersihan kawasan itu dilakukan di kawasan operasi Lembaga Pembangunan Tioman (TDA) selaku pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pulau Tioman.

Pengurus Besarnya, Khairur Rizal Ramli berkata, sebelum ini, disebabkan ketiadaan lori kompaktor, kakitangan yang ditugaskan memungut sampah terpaksa ditambah dan ini menjejaskan tugasan lain seperti pemotongan rumput serta kebersihan kawasan khas atau utama.

Beliau berkata, pembersihan kawasan khas adalah meliputi kawasan awam di gerai dan tandas untuk penyewa atau peniaga sahaja di Kompleks Terminal, Gerai PPR, gerai dan tandas di Dataran Tioman, laluan awam dari Jeti Taman Laut sehingga tempat letak motosikal.

Menurutnya, ia meliputi kerja-kerja menyapu serta membersihkan longkang.

"Sekarang apabila sudah ada lori kompaktor baru, ia sangat membantu pihak TDA dalam melancarkan urusan-urusan pemungutan sampah dan pembersihan kawasan terlibat, khususnya yang di bawah tanggungjawab terus TDA seperti di Kampung Tekek.

"Manakala di kampung-kampung lain kecuali di Kampung Salang masih mengekalkan Kontrak Sistem Barges pihak TDA kepada semua JKKK setiap kampung berkenaan," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.


Subscribe to receive free email updates: