SEMATKAN bunga ini di hatimu
Jangan biar ia hancur menjadi debu
"
"Kerana ada tangan-tangan besi
Yang mahu meramasnya mati
Jadikan ia bunga hatimu
Agar ia segar sepanjang waktu.
![]() |
Usaha rasmi mematikan PPBM |
UMNO sudah mati. Parti itu bukan Umno lagi. Ia sekadar jelmaan pseudo yang menjadi tunggangan ketua-ketua pemerintahan kleptokrasi.
[Komen “Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
Jho Low lebih diutamakan daripada ahli, penyokong dan rakyat jelata sehingga Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) sanggup menggasak dan menggesa Penasihat Sosiobudaya kerajaan, (Tan Sri) Rais Yatim meletakkan jawatan kerana mengkritik dalang 1MDB itu.
Umno sudah hilang daya tarikan. Sudah tidak ada lagi daya saingan. Hidupnya semata-mata kerana sogokan dan ancaman. Jho Low dipertahankan seolah-olah dia topekong hidup parti itu.
Maka dalam ketakutannya ia menggunakan wang negara dan mempersundalkan kuasa untuk menghalang pencabarnya.
Walaupun Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil), Mohd Najib Abdul Razak dan para pemimpin Umno/Barisan Nasional mempersendakan Pakatan Harapan (PH) di depan khalayak ramai tetapi di belakang tabir mereka amat bimbang dengan tsunami rakyat yang semakin hari semakin kuat.
Dalam suasana itu adalah mudah kita mengandaikan yang Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan dibatalkan dan PH tidak akan didaftarkan. Umno/BN tidak mahu pembangkang menggunakan simbol tunggal.
![]() |
Umno/BN takut kepada lambang ini |
Pelbagai halangan dan alasan telah dan sedang dibuat bagi pihak Umno/BN oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) untuk menggagalkan PPBM dan PH.
PPBM dan PH tahu segala usaha bagi mematuhi syarat ROS mungkin sia-sia namun kita terus berusaha sedaya upaya untuk memenuhinya.
![]() |
Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim |
Di mana campur tangan mahkamah diperlukan dan menawarkan harapan, biar setipis mana sekalipun, kita telah dan akan terus menggunakannya. Kita telah dan akan terus mengemukakan saman sivil.
Namun keutamaan adalah memenuhi syarat-syarat yang dikenakan oleh ROS dengan harapan jabatan itu akan bertindak secara profesional, bebas dan adil.
Pelan B, C, D…
Pada masa yang sama parti-parti anggota PH tidak berdiam diri. Pelan alternatif sedang dirangka dan beberapa persetujuan dasar telah dicapai.
Yang terpenting ialah biar apa pun terjadi, kita akan mencuba menggunakan satu (atau dua) lambang sahaja dalam kertas undi bagi mengelak kekeliruan.
Hal ini telah dinyatakan secara rasmi oleh Pengerusi PH dan calon Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapannya di Felda Besout 1 Jumaat lalu.
![]() |
Felda bukan lagi simpanan tetap Umno/BN |
Buat masa ini kita andaikan PPBM akan dibatalkan dan PH tidak didaftarkan. Jadi lambang PPBM dan PH tidak boleh digunakan. Yang ada adalah lambang Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Amanah Negara (Amanah).
Jadi kita akan memilih salah satu atau, dalam keadaan tertentu, dua daripada tiga logo ini. Untuk itu kita akan merundingkan syarat dan peraturan supaya kita bukan saja memenuhi syarat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapi juga terus mengukuhkan kerjasama PH.
Walaupun ROS enggan mendaftarkan PH namun namanya boleh digunakan berdasarkan pengalaman Pakatan Rakyat dan gabungan-gabungan lain seperti Gagasan Rakyat dan Angkatan Perpaduan Ummah.
Tsunami Rakyat
Untuk mencapai matlamat perubahan dan menyelamatkan negara, tsunami rakyat wajib berlaku pada tahap maksimum.
Read More / Baca Lagi >>