Pusat Ilham membuat kesimpulan itu berdasarkan temubual penduduk selama 6 bulan di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Perak dan Selangor.
Hisommudin berkata sentimen antara pengundi berbeza mengikut negeri.
Pengarah Eksekutif Hisommudin Bakar berkata itulah dapatan daripada temubual dengan penduduk selama 6 bulan di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis dan Selangor.
Beliau berkata temubual dipecahkan kepada 6 kumpulan antaranra anak muda, wanita, penyokong PH dan penyokong Umno.
Beliau bertama sentimen berbeza mengikut negeri.
“Di Terengganu, ketua kampung Umno kecrewa mereka tak dapat menjawab dakwaan pembangkang tentang kos sara hidup.
“Ahli PAS di Kelantan merasakan kerajaan negeri tidak melakukan secukupnya untuk Orang Asli dan mengurangkan banjir kilat,” ketanaya kepada pemberita selepas forum tentang langlah persempadanan semula oleh SPR.
Beliau berkata pengundi merasakan Pakatan Harapan mesti turunkan calon-calon yang berkemampuan di 2 negeri itu.
“Mereka masih belum biasa dengan PPBM. Tetapi kalau nama besar dipilih untuk bertanding, mungkinlah ada sokongan,” katannya Hisommudin.
Di Kedah pula, pengundi dari Kubang Pasu, Langkawi, Pokok Sena dan Kuala Kedah masih menggemari pembangkang.
“Tapi kalau anda pergi ke kawasan seperti Padang Terap, Sik, Baling dan kawasan lain, BN masih kuat.”
Di Johor, Hisommudin berkata Pakatan Harapan nampaknya seperti kuat di sepanjang laluan Lebuhraya Utara-Selatan di negeri itu tetapi “selain itu Umno nampaknya masih kuat.”
Di Perak, beliau meramalkan “perlawanan sengit” di utara Perak, seperti Bukit Gantang dan Taiping, dan Perak tengah nampaknya masih akan memilih pembangkang.
“Tetapi selatan Perak nampaknya lebih ramai penyokong BN,” tambahnya.
Di Selangor, beliau berkata pengundi bandar mungkin akan mengundi PH manakala pengundi luar bandar mungkin mengundi BN.
“Pengundi bandar di Selangor terbiasa dengan idea pembangkang sebagai kerajaan negeri. Jadi pengundi mungkin mengundi PH.”
Tetapi kawasan seperti Tanjung Karang, Sungal Besar dan kawasan luar bandar lain mungkin dimenangi BN.
Manakala sebahagian besar pengundi Cina dan India pula dijangka akan mengundi pembangkang.
Beliau berkata hasil penyelidikan itu ialah lebih ramai orang Melayu akan menyokong PH tetapi bilangan mereka masih kecil untuk gabungan itu menawan Putrajaya.