Update Pemberita: Undang-undang berita palsu mengancam media bebas >> Berita Malay 18

Mereka berkata undang-undang berita palsu akan menyebabkan orang ramai hidup dalam matriks, dibentuk dan ditentukan kerajaan.
Jahabar berkata RUU Anti Berita Tidak Benar akan membolehkan kerajaan menentukan fakta dan rekaan, manakala Steven Gan berkata ia boleh membunuh demokrasi yang tenat.
PETALING JAYA: Undang-undang anti berita palsu boleh menyebabkan media bebas mengalami masalah kewangan kerana pelaburan akan berkurangan, kata pemberita veteran Jahabar Sadiq.
Jahabar, yang mengendalikan The Malaysian Insight, berkata sebaik sahaja undang-undang itu berkuatkuasa, kebanyakan berita akan datang daripada kerajaan dan media yang diselia atau dikawal kerajaan.
“Kita akan hidup dalam matriks, dibentuk dan ditentukan oleh kerajaan memerintah.”
Beliau berkata undang-undang itu bukan sahaja memberi kesan pada pengamal media tetapi juga membolehkan kerajaan menentukan fakta dan rekaan.
Dewan Rakyat hari ini membentangkan Rang Undang-Undang Anti Berita Tidak Benar 2018, yang memperuntukkan hukuman bagi kesalahan mencipta, menawarkan, menyiarkan, mengedarkan atau menyebarkan berita palsu, dengan denda tidak melebihi RM500,000 dan penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya.
Ditanya mengenai implikasi denda RM500,000 ke atas portal berita, Jahabar berkata ia bermakan “gulung tikar dan muflis seumur hidup”.
Sementara itu, Ketua Editor Malaysiakini Steven Gan menggambarkan undang-undang itu “satu lagi alat untuk menindas”, dan berkata negara sudah mempunyai beberapa undang-undang yang boleh digunakan untuk melawan berita palsu.
“Undang-undang terbaru ini lebih dari sekadar satu lagi bentuk kawalan oleh kerajaan; ia boleh membunuh demokrasi yang sedia tenat yang kita ada.
“Berita palsu kini ditentukan oleh kerajaan. Dua tambah dua tidak sama dengan empat jika kerajaan tentukan seperti itu,” tambahnya.
Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJ) menggesa Putrajaya mengkaji semula RUU itu secara mendalam dengan badan-badan lain yang berkaitan sebelum ia dilaksanakan untuk menentukan penggunaannya dengan jelas.
Setiausaha Agung Chin Sung Chew bimbang implikasi meluas undang-undang itu ke atas industri media, kerana penalti yang berat ke atas sumber, pembiaya dan penerbit serta kapasiti undang-undang itu untuk memaksa pertubuhan-pertubuhan menurunkan artikel.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :