Update Racun rakan demi curi identiti >> Berita Malay 18

Racun rakan demi curi identiti
Viktoria Nasyrova
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Seorang wanita di New York didakwa atas tuduhan cubaan membunuh, dengan mencampur racun ke dalam kek keju yang dihidangkan kepada rakannya.
Viktoria Nasyrova, 42, turut berdepan dua pertuduhan lain iaitu mencuri identiti dan menyerang mangsa.

Dia boleh dikenakan hukuman 25 tahun penjara jika disabit bersalah.
Polis berkata, suspek kelahiran Rusia itu cuba mencuri identiti Olga Tsvyk, 35, kerana mereka memiliki penampilan fizikal yang hampir sama.
Kedua-duanya bertutur dalam bahasa Rusia dan mempunyai rambut gelap serta memiliki sepasang mata berwarna coklat.

Mengikut fakta kes, Nasyrova singgah ke rumah Tsvyk di Forest Hills, Queens pada Ogos 2016. Dia turut membawa bersama kek keju sebagai hadiah.
Selepas beberapa suapan, Tsvyk jatuh pengsan dan ketika itulah tertuduh mengambil kesempatan mencuri pasport, kad pengesahan pekerjaan, cincin emas dan wang tunai.
Tsvyk bagaimanapun terselamat dan sembuh selepas menerima rawatan hospital.

Lapor media tempatan, Nasyrova turut diburu di Rusia selepas membunuh seorang wanita sebelum melarikan diri ke New York. - Huffington Post

Subscribe to receive free email updates: