Pada satu majlis di Kampung Baru hari ini, bekas perdana menteri itu berkata penangkapan Low merupakan salah satu cara untuk mendapatkan semula wang rakyat serta membayar hutang Malaysia yang banyak.
"Sekiranya saya jadi perdana menteri dan Pakatan Harapan perintah negara, saya ada beberapa idea untuk kurangkan hutang negara.

Perdana Menteri Najib Razak pada bulan lepas berkata jumlah hutang Malaysia pada 2017 ialah RM685.1 bilion.
Polis Indonesia pada 28 Februari lepas menahan dan kemudian menyita kapal layar Equanimity yang dilengkapi dengan tempat pendaratan helikopter itu selepas memantau pergerakannya selama 8 hari dengan kerjasama FBI.
Tindakan itu bersabit dengan siasatan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) terhadap dakwaan pengubahan wang haram yang ada kaitan dengan 1MDB.
Equanimity yang bernilai AS$260 juta itu didakwa dibeli oleh Low, yang menurut DoJ merupakan dalang dalam satu skim untuk mencuri dana 1MDB.
Hanya beberapa jam selepas media melaporkan polis Indonesia menahan Equanimity dan anak kapalnya, Low melalui jurucakapnya berkata tindakan itu sebagai keterlaluan kerana DoJ masih belum membuktikan ada sebarang salah laku berkait dengan kapal layar itu.