"Pandangan jika berlaku pertembungan tiga penjuru (antara tiga pihak itu) bakal memberi kelebihan kepada Umno, ia angan-angan Mat Jenin saja.
"Ini kerana kita tidak boleh kawal pengundi," kata bekas pemimpin kanan Umno itu dalam wawancara yang disiarkan Sinar Harian hari ini.
Pandangan tersebut berlandaskan tanggapan undi penyokong pembangkang akan pecah antara PAS dan HARAPAN pada pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Umno akan meningkatkan jumlah kerusi dan DUN pada PRU ke-14 dengan bantuan PAS.
Sementara itu, penasihat sosiobudaya kerajaan itu menyangkal wujudnya kerjasama antara PAS dan Umno pada PRU akan datang.
Beliau berkata setakat ini belum nampak secara jelas bentuk kerjasama antara dua parti itu melainkan apa yang dipaparkan di media.
"Umno dan PAS nampak baik kerana suasananya tenang, tiada pergaduhan. (Tetapi) Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (misalnya) masih mengkritik Umno sehingga sekarang," katanya lagi seperti dipetik.