BANYAK orang bertanya saya mengenai Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar 2018 yang dibentangkan di Parlimen pada 26 Mac.
Saya tidak bercadang memberi jawapan khusus mengenaianya kerana perkara itu boleh dibaca di banyak saluran, termasuk DI SINI dan Di SINI.
Apa yang hendak saya katakan ialah undang-undang dan peraturan tidak sepatutnya menyekat hak bersuara dan menyatakan perasaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Justeru itu adalah menjadi tugas pihak-pihak yang arif dalam hal undang-undang bagi memastikan sama ada undang-undang baru ini buruk atau baik dan barcanggah dengan Perlembagaan atau tidak.
Undang-undang yang tidak baik (bad law) apatah lagi yang bercanggah dengan Perlembagaan (ultra virus) wajib ditentang.
Sebagai seorang wartawan dan penulis yang telah bergiat dalam dunia penulisan hampir 50 tahun saya sudah biasa dengan undang-undang dan peraturan seperti ini sehingga saya tidak berapa peduli lagi. Alah bisa tegal biasa.
Kalau saya berasa terkongkong dan takut kerana wujud banyak undang-undang dan peraturan bersangkutan hak bersuara dan menyatakan perasaan, pastinya saya sudah lama berhenti menulis atau saya didenda dan dipenjarakan kerana menyuarakan pendapat.
Tetapi kalau kita faham undang-undang dan tahu cara-cara memaksimumkan hak serta kebebasan kita, kita masih boleh menulis dan bersuara tanpa terperangkap. Banyak cara boleh kita gunakan untuk mengelak daripada terjebak.
Sedikit sebanyak saya perpegang kepada ungkapan Inggeris “there are many ways of skinning a cat” (ada banyak cara melapah seekor kuncing).
Read More / Baca Lagi >>