Update 'Speaker jangan tahan isu, nanti parlimen dituduh mandul' - Rais Yatim >> Berita Malay 18


Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Tan Sri Dr Rais Yatim mengingatkan speaker supaya tidak menahan sesuatu isu daripada dibahas di parlimen.
“Bila ia dibuat, pembangkang dan generasi pertengahan menganggap parlimen sudah mandul dan ini bahaya untuk kita,” kata Rais dalam wawancara dengan Sinar Harian.
Veteran Umno itu berkata demikian ketika menjawab soalan sampai bila Umno akan relevan untuk rakyat Malaysia.
Rais mengulas isu itu secara umum tetapi wawancara itu disiarkan kebetulan selepas Dewan Rakyat menggantung tiga wakil rakyat pembangkang yang enggan memohon maaf kerana menuntut speaker meletakkan jawatan.
Ketiga-tiga anggota parlimen DAP itu menuntut pengunduran itu selepas Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul tergempar mereka bagi membincangkan isu rampasan Equanimity di Bali.
Pemfailan mahkamah oleh Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat (AS) mendakwa kapal mewah itu dibina dan diselenggarakan dengan menggunakan lebih daripada AS$250 juta yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB.
Sementara itu, Rais juga berkata Umno tidak harus berharap persempadanan semula akan menjadi benteng untuk bertahan daripada asakan pembangkang.
“Pandangan saya yang kedua adalah jika itu sahaja yang nak dianggap sebagai benteng, mungkin ia satu kesilapan sebab pemilih dalam kategori tiga dan empat tidak memihak kepada kita dan apa yang dijuarai oleh pemuda Umno setakat kekitaan.

“Akan tetapi, kekitaan di luar Pemuda Umno kita tidak dapat perkiraan apa-apa dan ini tidak pernah disebut,” kata bekas menteri penerangan itu.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :