Minggu ini dua usul yang mendapat kecaman serta bantahan ramai dibentangkan di Parlimen - usul undang-undang berita palsu dan usul persempadanan baru kawasan pilihanraya.

Tidak dinafikan, di sebalik kecaman dan bantahan ramai, kerajaan terlihat begitu terdesak untuk membentangkan kedua-dua usul tersebut bagi kepentingan memenangi pilihanraya umum akan datang.
Usul persempadanan baru kawasan pilihanraya, sebagaimana yang disebut dalam tulisan sebelum ini, antaranya mempunyai elemen menambah ketidakseimbangan kawasan Parlimen, mewujudkan kawasan pilihanraya berdasarkan kedudukan kaum dan menambahbesarkan lagi kawasan yang sedang atau berpotensi dimenangi oleh pembangkang.
Dengan kedudukan itu, jika peratusan keluar mengundi dapat diturunkan sehingga 70 peratus melalui taktik menakut-nakutkan rakyat, kejayaan meraih undi popular sebanyak 40 peratus saja sudah memadai untuk BN mencapai kemenangan dengan majoriti dua pertiga.
Bersekali dengan lakaran baru kawasan pilihanraya itu, undang-undang berita palsu diwujudkan seolah-olah sebagai pelengkap kepada usaha BN untuk memenangi pilihanraya akan datang ini benar-benar tidak menghampakan.
Undang-undang baru ini akan menambahburukkan lagi kebebasan dan amalan demokrasi sedia ada, selain bertujuan memberi ketakutan kepada pihak yang pro pembangkang dalam menyebarkan berita atau maklumat kerana sama ada berita itu benar atau palsu, ia akan ditentukan oleh kerajaan yang ditunjangi UMNO dan BN yang sedang bertarung untuk mempertahankan kuasanya.
Read More / Baca Lagi >>