TIMBALAN Pengerusi Strategi dan Dasar Bersatu, Wan Saiful Wan Jan mengajak Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin untuk sama-sama muncul secara langsung di televisyen.
Wan Saiful melontarkan cabaran itu selepas ahli Parlimen itu menghentam beliau dalam sepucuk surat terbuka dan mencabarnya bertanding di Kinabatangan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Menurut Wan Saiful, beliau tidak faham apa yang maksud sebenar surat Bung Moktar itu dan sukar baginya untuk menjawab.
"Untuk memudahkan beliau menjelaskan (suratnya), bolehkah saya cadangkan beliau minta RTM1 untuk menjemput kami berdua dalam program secara langsung?
"Tidak usahlah mengelak dengan patah balik ke tempat yang beliau rasa selamat," katanya, merujuk kepada cabaran Bung Moktar untuk beliau bertanding di Sabah.
Menurut Wan Saiful, Bung Moktar juga sepatutnya tahu tidak ada sebab untuk beliau bertanding sampai ke Sabah.
"Sebagai seorang ahli Parlimen kanan, beliau sepatutnya buat kerja rumah sedikit sebelum buka mulut sebab orang baru pun tahu yang PPBM tidak akan ke Sabah dan Sarawak," kata Wan Saiful.
Wan Saiful menyertai Bersatu pada 1 Mac lepas setelah meninggalkan jawatannya sebagai CEO kumpulan pemikir Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas).
Dalam surat terbukanya, Bung Moktar berkata semasa beliau pertama kali menang kerusi Parlimen Kinabatangan pada 1999, Wan Saiful masih lagi budak sekolah.
Related Posts :
Update [Video Umno-Pas, PENYATUAN UMMAH ATAU PERPECAHAN MELAYU?] Meskipun Menteri Yeo Bee Yin baru kahwin tetapi Bee Yin bertindak pantas, suspek pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim esok. >> Berita Malay 18Rabu, 13 Mac 2019
Jom Channel
Setelah sekian lama terjalinnya ‘hubungan sulit’ di antara UMNO dan PAS sejak 2015, akhirnya Dato' Seri Moham… Read More...
Update Shafee: Anjing saya bukan punca kes SRC ditangguhkan >> Berita Malay 18Shafee: Anjing saya bukan punca kes SRC ditangguhkan: Shafee mendakwa, tindakan Pejabat Peguam Negara membangkitkan perkara
baru ketika tari… Read More...
Update Pencemaran sisa kimia, KPM tutup 21 buah sekolah lagi >> Berita Malay 18
SEBANYAK 34 sekolah sekitar Pasir Gudang, Johor, diarah tutup serta merta berikutan pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim sejak Khamis l… Read More...
Update [Video MENGAPA PEMIMPIN PEMBANGKANG TIDAK TABAYYUN?] Isu Pencemaran Sisa Kimia, 34 SEKOLAH DIARAH TUTUP SERTA MERTA - Dr Maszlee Malik >> Berita Malay 18Rabu, 13 Mac 2019
Ameno World
KENYATAAN MEDIA UNTUK SIARAN SEGERA
ISU PENCEMARAN SISA KIMIA DI PASIR GUDANG – 34 SEKOLAH DIARAH TUTUP SER… Read More...
Update MAS - Should be shut down or sold off... >> Berita Malay 18
3 Bailouts Involving RM30 Billion ...
Businessman Tajuddin Ramli bought a controlling stake in MAS (Malaysian Airline System) at RM8 a sh… Read More...