Bekas menteri yang sedang disiasat Umno itu berkata, beliau lebih takut tuhan berbanding dipecat Umno kerana pernah dikenakan tindakan itu ketika menyertai Semangat 46.
“Saya pernah dipecat dulu, jadi tidak ada masalah bagi saya. Ingat saya gerun benar isu dipecat ini, tidak ada apa bagi saya. Saya takut dipecat tuhan.
“Mungkin (akan sepentas bersama pembangkang), apa pulak tidak boleh? Hak bersuara dijanjikan dalam Perlembagaan Persekutuan, Fasal 9 dan 10.
“Ketika ini banyak ceramah dilakukan pembangkang, bukan satu sahaja malam ini oleh pembangkang. Saya akan tengok mana yang menarik dan saya akan pergi,” katanya sewaktu ditemui di Bangsar, hari ini.

FMT