Update [Video PEMAKAN DEDAK Golongan munafik terkena 'PUJA PAWANG BUAYA' dari Sri Langka?] Mat Sabu kongsi pengalaman naik pesawat udara A400M. >> Berita Malay 18

Sabtu, 26 Mei 2018

Image result for snake charmer

Image result for 1mdb gali lubang tutup lubang

Mat Sabu kongsi pengalaman naik pesawat udara A400M

Foto Otai BERSIH.

Mohamad yang menceritakan pengalamannya itu berkata, sejak kecil beliau hanya mampu mendengar bunyi pesawat udara pengangkut tentera itu berlepas dan mendarat di pangkalan udara berhampiran rumahnya.
"Inilah pertama kali saya dapat naik kapal terbang TUDM Airbus A400M dan perjalanannya baik walaupun dalam keadaan awan yang agak tebal tapi goncangnya agak kurang.
"Saya sendiri tidak rasa cemas apa-apa. Saya haraplah kapal terbang ini sentiasa berada dalam keadaan yang baik terutama untuk membawa tentera kita menjalankan tugas menjaga keselamatan seluruh negara," katanya seperti dipetik Bernama.
"Bila mendengar taklimat tentera darat, laut dan udara, saya rasa perlu tindakan segera untuk kita memperkemaskan peralatan ATM ini. Saya harap perdana menteri dapat menyokong untuk membuat pembaharuan segera terutama soal peralatan ketenteraan kita.
"Inilah yang kita mahu supaya peralatan kelengkapan ketenteraan sama ada di peringkat persenjataan atau peralatan pengangkutan berada dalam keadaan terbaik supaya soal keselamatan negara menjadi keutamaan demi kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia," katanya dipetik sebagai berkata.
Kunjungan ke Pangkalan Udara Butterworth merupakan kunjungan pertama Mohamad selepas menerajui Kementerian Pertahanan pada 22 Mei lepas.
Malaysiakini.

Subscribe to receive free email updates: