
Penjimatan ini mestilah disalurkan kembali ke sektor yang memberi manfaat kepada rakyat seperti Pendidikan dan Kesihatan.

Kejutan manis buat polis selepas dituduh makan coklat Najib

Anggota polis di beberapa balai polis di seluruh negara hari ini menerima kejutan manis daripada sekumpulan rakyat Malaysia yang menyertai kempen atas talian #Chocs4cops yang dimulakan oleh peguam Siti Kasim.
Mereka yang menyertai kempen itu mengambil gambar coklat yang mereka beli beserta pesanan dan penghargaan atas jasa polis dan berkongsi di Facebook rasmi kempen berkenaan.
Kempen berkenaan dijangka diadakan selama sejam daripada pukul 4 petang hingga 5 petang hari ini dan Siti sendiri pada mulanya merancang untuk menyerahkan coklat di balai polis Hartamas, Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, Siti berkata, anggota polis di balai polis berkenaan tidak dibenarkan menerima coklat atau apa-apa hadiah daripada orang awam.
"Tak apa. Kami kemudian pergi ke balai bomba sebelah dan beri coklat itu kepada anggota bomba," katanya.
Siti melancarkan kempen #Chocforcops awal minggu ini sebagai respons kepada aduan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa polis yang menyerbu kediamannya dalam operasi siasatan berhubung 1MDB mengambil coklat di dalam peti sejuknya.
Kempen berkenaan yang diuar-uarkan di Facebook menggesa orang awam memberikan coklat kepada pegawai polis atas kerja keras mereka dan sempena Ramadan.
"Sempena bulan Ramadan, marilah kita semua memberi coklat kepada anggota polis yang bekerja keras memastikan keselamatan negara kita.
"Sila serahkan coklat kepada balai polis berhampiran pada hari sama yang dinyatakan. Kemudian kongsikan gambar atau video di Facebook," kata keterangan Facebook kempen berkenaan.
Berdasarkan komen daripada peserta kempen itu, kebanyakan balai polis di sekitar Kuala Lumpur enggan menerima hadiah berkenaan.
Bernama melaporkan, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata polis Kuala Lumpur mengucapkan terima kasih kepada orang ramai kerana sudi menghadiahkan coklat sebagai tanda penghargaan kepada polis hari ini.
“Bagaimanapun polis Kuala Lumpur tidak dapat menerimanya kerana ada prosedur operasi standard (SOP) tertentu (yang mesti dipatuhi),” katanya.
Bagaimanapun, peserta lain di kawasan lain yang dapat dilihat pada gambar dan video Facebook kempen itu dilihat berjaya menyerahkan hadiah coklat anggota polis yang bertugas petang ini.
Malaysiakini.
Related Posts :
Update [Video The Hidden Dajjal] Madinah: Najib juga arah sendiri laporan audit 1MDB dipinda. >> Berita Malay 18Ahad, 25 November 2018 Madinah: Najib juga arah sendiri laporan audit 1MDB dipinda Selain bahagian yang menyebut ahli perniagaan Low Taek … Read More...
Update [KUANTAN] MPK GUNA TULISAN JAWI TAHUN DEPAN >> Berita Malay 18 Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) akan melaksanakan penggunaan tulisan jawi di premis perniagaan dan papan tanda mereka bermula tahun … Read More...
Update Bukan Menjadi Satu Rahsia Jho Low Hadir Mesyuarat 1MDB >> Berita Malay 18 Sejak semalam kecoh dengan berita-berita kononnya Laporan Audit 1MDB oleh Jabatan Audit Negara yang dipersembahkan kepada Public Account Co… Read More...
Update Anwar Akui Ratifikasi ICERD Ditangguh, Bukan Dibatalkan >> Berita Malay 18 Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui usaha meratifikasi ICERD ditangguhkan bagi membolehkan kerajaan memberi tumpuan kepada tad… Read More...
Update [Video Wahai langau politik, pergilah kamu cari najis dan sampah] Icerd angkat martabat negara, Melayu, raja. >> Berita Malay 18Ahad, 25 Novmber 2018 Aku perati kan aje kamu ne, tengah dok study! Langau lebih bagus berbanding penyamun kleptokrasi la wak jahid! The… Read More...