Update [Video Rafidah Aziz~ Ucapan Pertama Selepas Di Pecat Keahlian Di Taman Tun Dr Ismail] Pagar kubur Nik Aziz dikunci, halang Mahathir ziarah & Selamat Tinggal Najib! >> Berita Malay 18

Ahad, 6 April 2018

Foto Rafizi Ramli.

Sejak FGV disenaraikan dalam tahun 2012, Kumpulan Felda telah mencatatkan kerugian komprehensif yang melebihi satu bilion ringgit setiap tahun iaitu RM1.670 bilion (2013), RM1.109 bilion (2014) dan RM1.112 bilion (2015).

Jika Kumpulan Felda adalah sebuah syarikat biasa yang tidak dijamin Kerajaan, syarikat Felda sudah pun diisytiharkan muflis.

Selain itu, dividen yang dibayar oleh FGV kepada Kumpulan Felda menurun secara mendadak dari 2013 kepada 2015, iaitu dari RM256 juta pada 2013 kepada hanya RM49 juta pada 2015.

Jumlah kerugian atas kertas itu akan bertukar menjadi kerugian sebenar sekiranya Kumpulan Felda menjual saham-saham FGV.

Krisis kewangan Kumpulan Felda adalah lebih membimbangkan berbanding 1MDB kerana ia melibatkan kemampuan Felda menguruskan kehidupan lebih 100,000 keluarga peneroka yang boleh melibatkan lebih satu juta rakyat Malaysia.

Datuk Seri Najib Razak boleh berdiam diri mengenai perkara ini tetapi beliau tahu bahawa krisis kewangan Kumpulan Felda ini tidak lagi boleh didiamkan dan perlu dijawab.


Pagar kubur Nik Aziz dikunci, halang Mahathir ziarah

Rancangan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menziarahi pusara Allahyarham Tok Guru Nik Aziz tidak kesampaian apabila pagar tanah perkuburan itu dikunci.
Anak Nik Aziz yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan, Nik Adli Nik Aziz berkata, keluarga tidak mengizinkannya.
Pagi ini beliau berkumpul bersama penyokong di pusara ayahandanya di Kota Bharu bagi menghalang ziarah Dr Mahathir Mohamad, lapor Malaysiakini.
Nik Adli ketika ditemui berkata, beliau mewakili pihak keluarga tidak mengizinkan ziarah pemimpin tersebut.
“Ya keluarga tak izinkan, kalau beliau nak datang boleh datang selepas pilihan raya umum.
“Kita nampak ada kepentingan, kalau nak datang, datang selepas pilihan raya walaupun kalah atau menang, ” katanya.
Kelihatan juga seorang lelaki mengunci tanah perkuburan di Pulau Melaka itu. Sebuah lori juga diletakkan di depan pintu pagarnya.
Setakat laporan itu ditulis, Mahathir belum tiba.
Semalam Mahathir telah menziarahi kubur bekas presiden Pas, Allahyarham Fadzil Noor di Alor Setar, Kedah.
Dr Mahathir dijadualkan hari ini di dua program lain di Kelantan iaitu program Santai Bersama Tun M di Kok Lanas, di parlimen Ketereh dan Tun M Bersama Rakyat di Kampung Cherang, Kota Bharu.
MD.

Subscribe to receive free email updates: